Friday, December 31, 2010

ISLAM DAN TAHUN BARU.


Setiap tahun masyarakat seluruh dunia tanpa mengira perbezaan agama dan bangsa menyambut tahun baru mengikut kalendar masihi.

Pelbagai negara akan mengadakan "count down" bahkan sanggup berbelanja besar untuk meraikannya.Namun sedar atau tidak kita sudah terpengaruh dengan budaya yang merosakkan nilai2 murni dan keharmonian masyarakat.

Apakah faedah yg diperolehi dengan menghabiskan masa dan tenaga semata2 utk mengira masa sebelum bermulanya Tahun Baru?

Penulis merasakan perlunya masyarakat mengubah cara menyambut tahun baru dengan bermuhasabah diri mengenai amalan2 yg lampau.Mungkin perkara ini dipandang remeh kerana kita rasa seolah2 diri kita terlalu jauh dgn Tuhan disebabkan kesilapan2 yg lalu.Ingatlah bahawa Allah itu Maha pengampun dan pemurah sbgaimana hadis {sesungguhnya Allah itu Maha pengampun dan mengasihi mereka yg memohon keampunannya} riwayat Al hakim dan ibnu Adi.

Apa yg penulis lontarkan disini merupakan suatu alternatif kpd yg lebih baik supaya dapat generasi hari ini membina kehidupan yg lebih sejahtera dan diredhai Allah...penulis pun nk count down jugak malam ni dekat balcony rumah sambil melihat bunga api dari KLCC sebab esok merupakan harijadi penulis...hehe..amin

Saturday, December 11, 2010

HARI AS SYURA


Apakah yang dimaksudkan hari As Syura?Iaitu hari ke 10 tanggal Muharram,Allah menjanjikan banyak kelebihan bagi sesiapa yg berpuasa pada hari tersebut.Puasa ini mempunyai banyak keutamaan,antaranya:


1.Merupakan hari kesyukuran-Allah menyelamatkan nabi Musa dari bala tentera Firaun.Sebagai melahirkan kesyukuran ummah Islam digalakkan berpuasa pada hari tersebut.


2.Menghapuskan dosa setahun yang sebelumnya-Diriwayatkan dari Abu Qatadah.Rasulullah S.A.W bersabda(aku berharap pada Allah dengan puasa As syura ini dapat menghapus dosa selama setahun sebelumnya) dari Bhukori dan Muslim...


3.Menghormati peristiwa dahsyat-Beberapa kejadian yang berlaku:


a.Bebasnya Nuh dan Ummahnya dr banjir besar.

b.Nabi Ibrahim terselamat dr api besar Raja Namrudz.

c.Nabi Yakub dapat melihat semula selepas sekian lama matanya hilang penglihatan

d.Nabi Isa diangkat ke langit dan selamat dari Roma yg ingit menyalitnya dan digantikan dengan Yudas Iskariot anak murid yg derhaka kpd Nabi Isa.


Cara yg Afdal berpuasa.

Iaitu pada 9 dan 10 Muharram ini berdasarkan Hadis (Rasulullah berpuasa pada hari asyura dan memerintahkan Ummahnya.Para Sahabat berkata."Ya Rasulullah,sesungguhnya hari itu diagungkan oleh Yahudi."Beliau bersabda:"di tahun Depan Insya Allah kita akan berpuasa pada tanggal 9."tetapi sebelum datang tahun depan Rasulullah telah wafat.


Semoga hari As syura ini sentiasa memberi manfaat yg besar kpd jiwa2 umat Islam Am nya dalam melayari kehidupan seharian.....

Thursday, November 11, 2010

ASAL USUL KAABAH


Siapakah yang membina Kaabah?Sesetengah pendapat menyatakan kaabah di bina oleh Nabi Adam,Malaikat,Nabi Shith semuanya ini mempunyai dalil2/bukti2 yang dhaif.melainkan binaan Nabi Ibrahim yang disebut di dalam Al Quran.


Nabi Ibrahim diperintahkan oleh Allah supaya pergi ke Mekah dan membina kaabah di suatu tempat yang kelihatan lebih tinggi sedikit drp persekitarannya.Nabi Ibrahim dibantu oleh anaknya Nabi Ismail dalam proses pembinaan Kaabah.

Antara doa yang masyhur semasa pembinaan Kaabah ialah (Wahai tuhan kami,terima drp kami"amalan kami"Sesungguhnya Engkaulah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui)


Tidak terdapat riwayat Sohih menyatakan pembinaan Kaabah dibina sebelum Nabi Ibrahim.Ini berpandukan Firman Allah (Dan "ingatkanlah peristiwa" ketika kami tentukan bagi Nabi Ibrahim Baitullah "untuk membinanya")


Ketika Nabi Ibrahim membina kaabah tersebut,Beliau menjadikan:


1.Tingginya 9 hasta.

2.Panjang diparas bumi dari hajarulaswad hingga ke penjuru sebelah Syam 32 hasta.

3.Lebar disebelah saluran air bermula dari penjuru sebelah Syam hingga sebelah penjuru barat

22 hasta.

4.Panjang di paras bumi bermula dari penjuru sebelah barat hingga ke penjuru sebelah Yaman 31 hasta.

5.Lebar di paras bumi bermula dari sebelah Yaman hingga Hajarul Awad 20 hasta.


Bentuk binaan Kaabah yg dibina oleh Nabi Ibrahim adalah binaan yg sempurna.Mempunyai dua penjuru iaitu dua penjuru Yamani manakala bentuk hijir pula,Beliau tidak membinanya dlm bentuk berpenjuru bahkan dalam bentuk separuh bulat sebagaimana Hijir yg terdapat pada masa sekarang.Ada pendapat yg menyatakan umur Nabi Ibrahim ketika membina Kaabah tersebut ialah 100 tahun.Hanya Allah sahaja yg amat Mengetahui.Ws

Thursday, October 7, 2010

PENJAGAAN ANAK MUAALAF


Islam adalah agama Adaalah (adil) dan rahmah (kasih sayang).Andai wujud individu atau keluarga yang memeluk Islam secara sukarela.Maka Islam menerimanya dengan penuh kasih sayang.Lantaran itu ahli keluarga mereka tidak perlu bimbang kerana dua sebab;

1-Ia akan diterima sebagai seorang saudara baru dan diberi segala haknya sebagai insan yg mulia kerana akidahnya.

2-Keselamatan dan kebahagiaanya terpelihara tanpa mereka dipisahkan dari keluarga asal (ibubapa atau anak) biarpun mereka tidak turut menganut ajaran Islam.

Kedudukan Agama Anak.

Imam Al bukhori dalam sohihnya menyatakan jika telah Islam salah seorang dari ibubapa,maka anak hendaklah bersama ibubapa yg memeluk Islam.

Imam AL khatabi menjelas (anak yg masih kecil jika berada diantara salah seorang muslim dan bukan Islam,maka yg muslim lebih berhak menjaganya)

Dalam membahaskan hak.

Ulama berbeza pandangan dalam menentukan hak penjagaan anak jika salah seorang suami isteri yg bukan penganut Islam?

1-Jumhur Ulama-
hak penjagaan anak tidak berhak diberikan kepada ibubapa yg tidak Islam sebab Allah tidak membenarkan hak penjagaan org beriman didalam penguasaan org bukan Islam sebagaimana firman Allah (Allah tidak sekali2 memberi jalan kpd org2 bukan Islam utk membinasakan org2 yg beriman)

Ia sama seperti larangan wanita muslim berkahwin dgn lelaki bukan Islam kerana wanita tersebut akan berada dibawah penguasaan orang bukan Islam.

2-mazhab Hanafi-
harus diberikan kpd ibu yg masih belum memeluk Islam sehingga anak berusia 7th dengan syarat:

a)kekufuran ibu itu bukan kerana murtad.

b)tidak dibimbangi ia akan menjejaskan agama islam anak tersebut

c)tidak dibimbangi ia akan diberi makanan haram.

jika ada kebimbangan tersebut hak penjagaan anak tersebut harus ditarik balik dari ibu yg bukan Islam.

Apa yg jelas Islam tidak melarang hak secara mutlak akan hak penjagaan ibu atau bapa non muslim terhadap anak apabila salah seorang dari mereka memeluk Islam.melainkan meletakkan syarat yg ketat demi menjaga agama Islam dan kesejahteraan insaniah manusia itu sendiri.

Wednesday, September 15, 2010

HAPPY BIRTHDAY FOR MY WIFE


MY DEAR WIFE:

Tomorrow is ur birthday

A special day indeed

May God bless U,I pray

And meet ur every need


God made U.My darling

To be my wife only

And thats the greatest thing

That happened in my life


For,

Marriage when God-made

Can never lose their charm

And do we as God bade

Our hearts are always warm


Happy Birthday,dear wife

You're special in my life.....

Sunday, September 5, 2010

AIDIL FITRI


Sejarah Hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhjrah ke Madinah.Baginda mendapati ada dua perayaan yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu.

Apabila Nabi bertanya kpd mereka apakah perayaan itu?lalu mereka menjawab perayaan yg disambut oleh nenek moyang mereka.

Lalu Nabi menyatakan kpd org arab Madinah,Islam mengantikan dua perayaan yg kamu raikan itu dgn dua perayaan yg lebih bermakna lagi iaitu Hari raya fitrah (aidil fitri) dan raya korban (aidil adha)

Konsep hari raya dlm Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan agama.Ini bermakna jika ia disambut diatas landasan agama,maka hari raya yang diraikan itu satu ibadat.

Aidilfitri disambut sebagai satu kemenangan bagi org yg dpt mengerjakan ibadat puasa Ramadhan dgn sempurna.

Dari sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Ubadah bin shouib menyatakan(sesiapa yg menghidupkan malam aidifitri dan aidil adha dgn amalan yg baik dan ikhlas kerana Allah.Maka tidak akan mati hatinya pd hari semua hati2 akan mati,iaitu hari kiamat)


Justeru itu.Saya sekeluarga ingin meminta kemaafan sekiranya coretan saya didalam blog selama ini ada yg mengguris hati pembaca2.sesungguhnya kesilapan itu datangnya dari hamba yg daif ini dan segala kebaikan itu datangnya dari yg Maha Esa.


Semoga menjelangnya Aidilfitri kali ini dapat membawa seribu makna kegembiraan buat diri kita semua amin Ya Rabb...

Thursday, August 26, 2010

AMALAN MALAM LAILATUL QADAR


Ramadhan kini telah separuh kita lalui,aduhai begitu pantas masa berlalu.S,A,W,bersabda malam seribu bulan akan datang pada malam sepuluh terakhir Ramadhan.


Sebagaimana hadis yg diriwayatkan oleh Bhukhari dan Muslim (Carilah malam lailatul qadar pd 10 malam terakhir )Mungkin antara amalan yg boleh umatnya beribadat pada malam tersebut dengan melakukan seperti yang berikut:


Mulalah ibadat ini pd waktu jam 12 mlm.


1.solat sunat wuduk slp mengambil wuduk

2.solat hajat dan berdoa supaya dipertemukan dgn malam lailatul qadar.

3.Membaca Al Quran

4.Beristighfar 1000x (astaghfirullah hal azim wa atubu ilaihi)

5.Zikrullah (la ila ha illah 1000x

6.Bertasbih 300x

7.selawat 100x @ 1000x

8.Solat tahajud

9.Solat sunat tabih

9.Sambungkan zikrullah dan membaca Al Quran sehingga subuh.


Cara Nabi mendapatkan malam lailatul qadar:


Kebiasaannya S.A.W beriktikaf dengan memasuki masjid pada petang 19 ramadhan selepas asar.Iktikaf bererti beribadat di dalam masjid dan berhenti dari segala urusan dunia.Sambil berniat iktikaf,baca Al Quran n solat sunat.Isteri2 baginda pula beriktikaf di rumah 2 masing iaitu di tempat mereka selalu sembahyang.

Hukum iktikaf pada malam 10 terakhir Ramadhan ialah fardu kifayah dlm mazhab hanafi dan sunat muakkad dlm mazhab Syafei.


Amalan seperti ini banyak terdapat di negara2 Arab berbanding di Malaysia yg sesetengah org tidak tau apa itu (iktikaf dalam bulan Ramadhan) sedangkan ini adalah amalan Nabi kita di dalam bulan yg mulia ini.Di manakah kesilapannya??Fikir2kan lah