Sunday, September 5, 2010

AIDIL FITRI


Sejarah Hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhjrah ke Madinah.Baginda mendapati ada dua perayaan yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu.

Apabila Nabi bertanya kpd mereka apakah perayaan itu?lalu mereka menjawab perayaan yg disambut oleh nenek moyang mereka.

Lalu Nabi menyatakan kpd org arab Madinah,Islam mengantikan dua perayaan yg kamu raikan itu dgn dua perayaan yg lebih bermakna lagi iaitu Hari raya fitrah (aidil fitri) dan raya korban (aidil adha)

Konsep hari raya dlm Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan agama.Ini bermakna jika ia disambut diatas landasan agama,maka hari raya yang diraikan itu satu ibadat.

Aidilfitri disambut sebagai satu kemenangan bagi org yg dpt mengerjakan ibadat puasa Ramadhan dgn sempurna.

Dari sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Ubadah bin shouib menyatakan(sesiapa yg menghidupkan malam aidifitri dan aidil adha dgn amalan yg baik dan ikhlas kerana Allah.Maka tidak akan mati hatinya pd hari semua hati2 akan mati,iaitu hari kiamat)


Justeru itu.Saya sekeluarga ingin meminta kemaafan sekiranya coretan saya didalam blog selama ini ada yg mengguris hati pembaca2.sesungguhnya kesilapan itu datangnya dari hamba yg daif ini dan segala kebaikan itu datangnya dari yg Maha Esa.


Semoga menjelangnya Aidilfitri kali ini dapat membawa seribu makna kegembiraan buat diri kita semua amin Ya Rabb...

No comments: