Wednesday, January 28, 2009

WHY HUDUD..?


Ini satu topik yang berat utk dibicarakan.Apatah lagi perkataan hudud menjadi fobia kpd masyarakat Islam di Malaysia.Baru2 ini masyarakat bukan Islam telah mempersoalkan tentang hukum Hudud.Sedangkan hudud tidak dilaksanakan terhadap mereka yg bukan beragama Islam.Hudud iailah beberapa hukuman tertentu,diwajibkan atas orang yang melanggar larangan tertentu{org Islam shj}antara kesalahan2nya:zina,mencuri ,merompak,minum arak,murtad,meninggalkan solat dan lain2 lagi.Semua kesalahan2 ini jelas terdapat didalam Al Quran.Mana2 hukum yang terdapat didalam Al Quran secara mutlak.Maka wajib dilaksanakan hukuman tersebut tanpa diragui.Untuk lebih jelas.solat dan puasa hukumnya wajib begitulah juga hukum menjalankan hudud.Justeru itu mengapa hudud dipersoalkan?Siapa yg patut dipertanggungjawabkan?Kalau Islam Hadari,melabur didlm internet,pengkid,Mat rempit dibicarakan secara meluas melalui media massa utk menjelaskan kpd rakyat.Mengapa hudud tiada seseorang pun yg berani tampil kehadapan utk memberi huraian secara terperinci kpd masyarakat supaya kekeliruan mengenainya terungkai.Jadi tidak hairanlah dewasa ini masalah buang anak,pelacuran,membunuh.mencuri,merompak,murtad dan lain2 lagi disajikan kpd kita setiap hari didalam media massa.Jawapannya..inilah yang berlaku apabila hukum ALLAH dipinggirkan.sebagaimana didalam huraian hadis.Nabi bimbang suatu hari nanti.Tidak ada pemimpin yg melaksanakan hukuman rejam.potong tangan.membunuh mereka yg murtad.Ketahuilah masa itu.Umat Islam akan hancur kerana berbangga dengan hukuman yg diambil dari orang bukan Islam.Hudud ini penting dilaksanakan sebab permasalahannya amat serius jika diabaikan.Diibaratkan orang yang mempunyai penyakit kencing manis yang serius dikaki.Pasti untuk mengelak dari lebih teruk,doktor terpaksa memotong dikepala lututnya..kenapa tidak dipotong dipergelangan kaki saja?Cuba2 fikirkan...

Monday, January 19, 2009

GENCATAN SENJATA PALESTIN ?????


Today Israel membuat gencatan senjata di Gaza.Sejauh manakah kebenaran tersebut.Setelah seribu lebih rakyat Palestin dibunuh.Manakala dunia Islam yg lain asyik dibuai mimpi indah diatas kerusi yg empuk contohnya Arab Saudi,Pakistan,Mesir dan Libya yg mempunyai kelengkapan tentera yg hebat dikalangan dunia Islam masih tidak sepakat didalam isu Palestin.Hamas yg mendapat mandat dari rakyatnya tidak diikhtiraf oleh badan dunia dan khususnya Presiden Mahmud Abbas yg parti politiknya kalah tetapi masih mahu menerajui bumi Palestin.Inilah punca2nya yg menyebabkan bumi Palestin terus bergolak dan dihimpit dengan pelbagai masalah.Kalau Eropah mempunyai tentera bersekutu NATO.Kenapakah OIC tidak boleh berbuat sedemikian rupa.Apa masalahnya?Israel atau Yahudi sememangnya negara yg tidak boleh dibawa berunding dan dipercayai.Terutama didalam perkara yg berkaitan dengan dunia Islam.Ini terbukti dizaman Nabi semasa di Madinah.Tiga perjanjian telah dimentarai antara kaum2 yahudi iaitu Nadir,Qainuqok dan qhuraizah.Semuanya berakhir dengan perkhianatan oleh kaum yahudi sendiri.Sebagaimana di dalam ayat Al Quran.Huraian Firmannya mereka telah berkata iaitu kaum yahudi dan nasrani tidak akan reda dan menyetujui kamu selagi mana umat Islam mesti patuh dan tunduk dibawah telunjuk mereka.Ini jelas apa yg telah diperkatakan didalam ayat Al Quran.Justeru itu umat Islam Khasnya pemimpin2 dunia Islam mesti peka dan bangkit secepat mungkin didalam menangani isu Palestin.Sebagaimana firman Allah.Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubahnya sendiri.Setuju atau tidak.Ini adalah kesilapan umat Islam sendiri yg mementingkan periuk nasi masing2 tanpa menghiraukan nasib umat Islam lain yg memerlukan pertolongan drp kita semua...Tengah fikir ni.apa yg telah saya sumbangkan kpd nasib rakyat Palestin.....

Wednesday, January 14, 2009

PENTINGNYA PALESTIN ..


Hampir 20hari diserang.Negara Islam hanya boleh melihat dan mengutuk tindakan Israel.Tetapi siapa yang berani melawan keangkuhan tentera Zionis.Mendapat sokongan USA dan negara Islam yang berpecah belah memberi peluang kepada Israel menyerang bumi Palestin.Dengan kekuatan tentera seramai 700.000,200 peluru nuklear dan teknologi yang canggih.Ibarat ayam berlawan dengan gajah.Sedangkan Palestin merupakan bumi yang suci kepada umat Islam.Antaranya,jika dirujuk kepada Al Quran.Masjid al-Aqsa menjadi qiblat pertama umat Islam.Kejadian Isra' pun berlaku disana.Bahkan ramai para anbiya' telah dilahirkan dan disemadikan disana.Fikirkanlah wahai saudaraku.Mengapa Salehuddin al-Ayubi sanggup bersiap sedia tenteranya selama 17 tahun untuk membebaskan palestin dari tentera salib pada ketika itu,seterusnya mendapat kejayaan yang besar kepada umat Islam.Justeru itu,Bumi Palestin dianggap sebagai pusat untuk kumpulan2 yang sentiasa teguh menegakkan kebenaran dan hak orang Islam sehingga hari kiamat.Hai.saya bunyi guruh pun dah kecut hati lom lagi dengar letupan bom dari tentera Israel....

Thursday, January 8, 2009

BOIKOT PRODUK2 ISRAEL.



Hampir dua minggu berlalu bumi Palestin dihujani peluru dan teknologi canggih tentera Israel dan sekutunya USA tetapi belum ada sebarang tanda2 yang Israel akan berhenti menyerang semenanjung GAZA.PBB dan OIC hanya sembang2 kosong di meja mesyuarat.Sebagai umat Islam kita menjadi kewajipan pada masa kini menolong rakyat Palestin dengan apa jua cara sekalipun.Huraian Al Quran umat Islam bersaudara antara satu sama lain tanpa mengira kulit dan warna yang berbeza.Ibaratkan satu anggota.apabila sakit salah satu anggota badan seluruh body akan merasainya juga.Kesimpulan hadis..sesiapa yang mampu mencegah dengan kuasa atau memberi nasihat,mestilah berbuat demikian rupa tetapi memandangkan kita terlalu lemah hari ini hanya mampu membenci didalam hati.Justeru itu,marilah umat Islam yang berada di Malaysia sama2 menyahut seruan Persatuan Pengguna Islam Malaysia supaya memboikot barang2 keperluan Yahudi dan sekutunya Amerika.Antara barang2nya:


1.Coca cola,huggies,river island


2.MC donald,clinique,disney


3.Donna karan,starbucks,gap


4.Garnier.perrier,kotek


5.Sanex,jo malone,lancome


6.Libby.tchibo,loreal,mark n spencer.


7.Kleenex.maybelline,nestle,vittle


8.Revlon.wonderbra,


Mulai hari ini marilah kita menyokong barangan buatan Islam khususnya buatan negara kita,Malaysia tercinta....minum tongkat Ali pun sodappppp,


Barakal allah hu fih....

Monday, January 5, 2009

Apa nak jadi.


Tahun baru Islam dan masihi baru bermula.Negara kita dituruni hujan rahmat dan bumi ditumbuhi segala macam tumbuhan tapi bumi Palestin dihujani peluru hidup dan tanahnya dibasahi dengan darah umat Islam yang yang tidak berdosa.Selama 41 tahun bumi Palestin dijajah oleh Israel.Dimanakah peranan OIC yang menjadi kebanggaan umat Islam?Umat Islam di merata tempat mengadakan protes but sejauh manakah ianya berkesan?Apakah kesilapannya?Ini menunjukkan sikap negara Islam yang tidak mempunyai semangat bersatupadu dan mementingkan kedudukan masing2.contohnya beberapa tahun lepas Iraq diserang tentera bersekutu tetapi kuwait memberi kebenaran kepada Amerika menepatkan tenteranya.Afganistan dijajahi Amerika setelah Pakistan memberi kebenaran ruangan udaranya kepada tentera udara USA.Arab saudi lebih mempercayai buminya dilindungi oleh tentera Amerika dari serangan Iraq.Palestin dibawah naungan HAMAS di gaza telah dikepung dan sempadannya ditutup oleh Mesir,Jordan,Tebing Barat and Syria.Inilah realiti negara Islam masa kini yang sanggup menganiayai dan membunuh sesama umat Islam demi kepentingan politik masing2.Sebagaimana dalam Al Quran firman Allah (berpegang teguhlah dengan tali Allah dan janganlah kamu bercerai berai).Bak pepatah Melayu bersatupadu kita teguh bercerai kita roboh.Marilah semua umat Islam di Malaysia kita berdoa selepas solat lima waktu semoga rakyat Palestin diberi kekuatan,ketabahan,kesabaran dan keimanan yang tinggi dalam menghadapi kafir zionis yang dilaknat oleh Allah.

Thursday, January 1, 2009

Jan muncul lagi.



Bersyukur masih dipnjangkn umur dan sihat sejahtera.Sebagai manusia kita hanya dpt merancang dan yg menentukannya adalah Allah.Sempena tahun baru ini marilah kita sama2 bermuhasabah diri dan mencerminkan diri kita semoga apa yg dilakukn sebelum ini mendapat keredhaan Tuhan.Sesunguhnya Allah hanya melihat hati2 mereka yg ikhlas sahaja didalam melakukan amalan seharian bukannya pada lahiriah sebab hati yg bersih akan membezakan dgn mereka yg tidak beriman.Hati diibaratkan seperti cermin.Mestilah digilap setiap hari dgn amalan fardu barulah bercahaya.Seperti kereta jugak.Walaupun buruk tetapi kalau tuannnya selalu polish pasti nampak cantik dan menawan hati.sSterusnya tanamkanlah dlm diri kita dgn akhlak yg bercirikan islam sb ini dpt menaikkan imej umat islam dikaca mata bangsa lain.Pernah seorang sahabat bertanyakan saidina Aisyah macamana akhlak nabi.Jawab beliau.Rasulullah berakhlak seperti apa yg terdapat di dlm al quran.Lagi pun kita orang melayu terkenal dengan budaya yang bersopan santun.