Tahun baru Islam dan masihi baru bermula.Negara kita dituruni hujan rahmat dan bumi ditumbuhi segala macam tumbuhan tapi bumi Palestin dihujani peluru hidup dan tanahnya dibasahi dengan darah umat Islam yang yang tidak berdosa.Selama 41 tahun bumi Palestin dijajah oleh Israel.Dimanakah peranan OIC yang menjadi kebanggaan umat Islam?Umat Islam di merata tempat mengadakan protes but sejauh manakah ianya berkesan?Apakah kesilapannya?Ini menunjukkan sikap negara Islam yang tidak mempunyai semangat bersatupadu dan mementingkan kedudukan masing2.contohnya beberapa tahun lepas Iraq diserang tentera bersekutu tetapi kuwait memberi kebenaran kepada Amerika menepatkan tenteranya.Afganistan dijajahi Amerika setelah Pakistan memberi kebenaran ruangan udaranya kepada tentera udara USA.Arab saudi lebih mempercayai buminya dilindungi oleh tentera Amerika dari serangan Iraq.Palestin dibawah naungan HAMAS di gaza telah dikepung dan sempadannya ditutup oleh Mesir,Jordan,Tebing Barat and Syria.Inilah realiti negara Islam masa kini yang sanggup menganiayai dan membunuh sesama umat Islam demi kepentingan politik masing2.Sebagaimana dalam Al Quran firman Allah (berpegang teguhlah dengan tali Allah dan janganlah kamu bercerai berai).Bak pepatah Melayu bersatupadu kita teguh bercerai kita roboh.Marilah semua umat Islam di Malaysia kita berdoa selepas solat lima waktu semoga rakyat Palestin diberi kekuatan,ketabahan,kesabaran dan keimanan yang tinggi dalam menghadapi kafir zionis yang dilaknat oleh Allah.
Monday, January 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment