Thursday, July 8, 2010

DESAS DESUS PILIHANRAYA


Kebelakangan ini Parti-parti politik sibuk dengan agenda masing2 dlm menghadapi pilihanraya akan datang.Apatah lagi keadaan semasa di malaysia yang bertambah baik dalam semua aspek,Terutamanya penerimaan baik rakyat kepada parti pemerintah dan pergolakkan yg berlaku dalam pakatan parti pembangkang ini akan mencepatkan lagi proses pilihanraya yang akan datang.


Justeru itu.wajarlah kepada semua rakyat malaysia terutamanya generasi muda tanpa mengira agama,bangsa dan di mana sahaja anda berada untuk mendaftarkan diri dan membolehkan mengundi pada masa akan datang.Hal ini penting supaya suara generasi muda dapat diterjemahkan dalam sebuah negara yang bertunjangkan sistem demokrasi.


Semoga impian untuk melihat malaysia cemerlang,maju,adil dan berteraskan nilai2 Islam dpt dilihat pada pilihanraya akan datang.


Suara generasi muda yg celik dan perihatin amat diperlukan oleh negara bagi menjamin keamanan,kemajuan dan keadilan setiap individu rakyat akan terjamin.


Islam yg progresif.realistik dan bebas dari fahaman fanatik yang keterlaluan amat diperlukan dalam mencorak negara kita di masa hadapan.


Akhir sekali.marilah semua generasi muda supaya mendaftarkan diri untuk mengundi yang akan membawa kebaikan untuk semua rakyat di bumi yg bertuah ini tanpa mengira apa parti sekali pun.Penulis rabun warna sikit hijau biru kuning cam sama aje hehe....