Apakah yang dimaksudkan hari As Syura?Iaitu hari ke 10 tanggal Muharram,Allah menjanjikan banyak kelebihan bagi sesiapa yg berpuasa pada hari tersebut.Puasa ini mempunyai banyak keutamaan,antaranya:
1.Merupakan hari kesyukuran-Allah menyelamatkan nabi Musa dari bala tentera Firaun.Sebagai melahirkan kesyukuran ummah Islam digalakkan berpuasa pada hari tersebut.
2.Menghapuskan dosa setahun yang sebelumnya-Diriwayatkan dari Abu Qatadah.Rasulullah S.A.W bersabda(aku berharap pada Allah dengan puasa As syura ini dapat menghapus dosa selama setahun sebelumnya) dari Bhukori dan Muslim...
3.Menghormati peristiwa dahsyat-Beberapa kejadian yang berlaku:
a.Bebasnya Nuh dan Ummahnya dr banjir besar.
b.Nabi Ibrahim terselamat dr api besar Raja Namrudz.
c.Nabi Yakub dapat melihat semula selepas sekian lama matanya hilang penglihatan
d.Nabi Isa diangkat ke langit dan selamat dari Roma yg ingit menyalitnya dan digantikan dengan Yudas Iskariot anak murid yg derhaka kpd Nabi Isa.
Cara yg Afdal berpuasa.
Iaitu pada 9 dan 10 Muharram ini berdasarkan Hadis (Rasulullah berpuasa pada hari asyura dan memerintahkan Ummahnya.Para Sahabat berkata."Ya Rasulullah,sesungguhnya hari itu diagungkan oleh Yahudi."Beliau bersabda:"di tahun Depan Insya Allah kita akan berpuasa pada tanggal 9."tetapi sebelum datang tahun depan Rasulullah telah wafat.
Semoga hari As syura ini sentiasa memberi manfaat yg besar kpd jiwa2 umat Islam Am nya dalam melayari kehidupan seharian.....
No comments:
Post a Comment