Setiap tahun masyarakat seluruh dunia tanpa mengira perbezaan agama dan bangsa menyambut tahun baru mengikut kalendar masihi.
Pelbagai negara akan mengadakan "count down" bahkan sanggup berbelanja besar untuk meraikannya.Namun sedar atau tidak kita sudah terpengaruh dengan budaya yang merosakkan nilai2 murni dan keharmonian masyarakat.
Apakah faedah yg diperolehi dengan menghabiskan masa dan tenaga semata2 utk mengira masa sebelum bermulanya Tahun Baru?
Penulis merasakan perlunya masyarakat mengubah cara menyambut tahun baru dengan bermuhasabah diri mengenai amalan2 yg lampau.Mungkin perkara ini dipandang remeh kerana kita rasa seolah2 diri kita terlalu jauh dgn Tuhan disebabkan kesilapan2 yg lalu.Ingatlah bahawa Allah itu Maha pengampun dan pemurah sbgaimana hadis {sesungguhnya Allah itu Maha pengampun dan mengasihi mereka yg memohon keampunannya} riwayat Al hakim dan ibnu Adi.
Apa yg penulis lontarkan disini merupakan suatu alternatif kpd yg lebih baik supaya dapat generasi hari ini membina kehidupan yg lebih sejahtera dan diredhai Allah...penulis pun nk count down jugak malam ni dekat balcony rumah sambil melihat bunga api dari KLCC sebab esok merupakan harijadi penulis...hehe..amin
No comments:
Post a Comment