Thursday, November 11, 2010

ASAL USUL KAABAH


Siapakah yang membina Kaabah?Sesetengah pendapat menyatakan kaabah di bina oleh Nabi Adam,Malaikat,Nabi Shith semuanya ini mempunyai dalil2/bukti2 yang dhaif.melainkan binaan Nabi Ibrahim yang disebut di dalam Al Quran.


Nabi Ibrahim diperintahkan oleh Allah supaya pergi ke Mekah dan membina kaabah di suatu tempat yang kelihatan lebih tinggi sedikit drp persekitarannya.Nabi Ibrahim dibantu oleh anaknya Nabi Ismail dalam proses pembinaan Kaabah.

Antara doa yang masyhur semasa pembinaan Kaabah ialah (Wahai tuhan kami,terima drp kami"amalan kami"Sesungguhnya Engkaulah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui)


Tidak terdapat riwayat Sohih menyatakan pembinaan Kaabah dibina sebelum Nabi Ibrahim.Ini berpandukan Firman Allah (Dan "ingatkanlah peristiwa" ketika kami tentukan bagi Nabi Ibrahim Baitullah "untuk membinanya")


Ketika Nabi Ibrahim membina kaabah tersebut,Beliau menjadikan:


1.Tingginya 9 hasta.

2.Panjang diparas bumi dari hajarulaswad hingga ke penjuru sebelah Syam 32 hasta.

3.Lebar disebelah saluran air bermula dari penjuru sebelah Syam hingga sebelah penjuru barat

22 hasta.

4.Panjang di paras bumi bermula dari penjuru sebelah barat hingga ke penjuru sebelah Yaman 31 hasta.

5.Lebar di paras bumi bermula dari sebelah Yaman hingga Hajarul Awad 20 hasta.


Bentuk binaan Kaabah yg dibina oleh Nabi Ibrahim adalah binaan yg sempurna.Mempunyai dua penjuru iaitu dua penjuru Yamani manakala bentuk hijir pula,Beliau tidak membinanya dlm bentuk berpenjuru bahkan dalam bentuk separuh bulat sebagaimana Hijir yg terdapat pada masa sekarang.Ada pendapat yg menyatakan umur Nabi Ibrahim ketika membina Kaabah tersebut ialah 100 tahun.Hanya Allah sahaja yg amat Mengetahui.Ws

No comments: