Monday, May 17, 2010

BELIA PEMACU PEMBANGUNAN NEGARA


Belia adalah aset berharga kerana merekalah tonggak kekuatan generasi serta pewaris kepimpinan masa depan negara.

Wajarlah golongan ini diasuh.dididik dan dibimbing menjadi generasi belia ULUL ALBAB (bertaqwa,berilmu,kreatif dan berupaya menyelamatkan diri dpd pengaruh yg negatif)

Kehebatan generasi belia spt ini menjamin kemajuan negara pd masa depan,selarilah tema sambutan Hari Belia negara tahun ini 'belia kreatif pemacu pembangunan negara'.

S.A.W.sentiasa memberi penekanan khusus membimbing belia supaya taat beribadah,berakhlak mulia,menjaga kesihatan akal dan jasmani yg membawa kpd kesempurnaan peribadi.

Sabda S.A.W (Sesungguhnya Allah sgt kagum kpd pemuda yg tidak ada padanya kelakuan pelik dan menyeleweng)

Sbgaimana cerita,Sultan Muhammad Al Fateh dlm usia 21th Baginda berjaya menawan Kota Constantinople dpd Rom.Antara penyebab kejayaan itu tertanam kekuatan,pintar dan kreatif.

Kata2 Baginda ketika melancarkan percubaan akhir pd hr ke 53 kepungan utk menawan Constantinople

"Wahai tenteraku,aku bersedia mati di jalan Allah,sesiapa yg mahu syahid,ikutilah aku"

Menurut riwayat Baginda tidak pernah meninggalkan solat sunat rawatib dan tahajud.

Corak tingkah laku golongan belia masa kini adalah cerminan masa depan sesebuah negara.

Oleh itu,demi membentuk akhlak mulia golongan belia,tugas dakwah membimbing mereka perlu dilaksanakan dgn hikmah.

Semoga generasi belia negara sentiasa diberikan hidayah oleh Allah seterusnya berjaya memacu pembangunan negara bangsa yg maju dan dikasihi Allah.

No comments: