Wednesday, February 24, 2010

SANJUNGILAH RASULULLAH


Setiap tahun umat Islam menyambut Maulidur Rasul sbg kesyukuran diutuskan seorg Rasul akhir zaman yg dpt memecah benteng assobiyah yg berdasarkan bangsa,budaya,bahasa dan agama.Nama baginda terus disebut dan ajaranNya berkekalan hingga hari ini.NAbi dijadikan contoh dlm amalan seharian.

Semenjak kecil lagi baginda sudah ketiadaan bapa dan emaknya,ini utk menguji ketahanan mental nabi.Semasa kematian bapanya tiada siapa yg sanggup menyusui baginda disebabkan kemiskinan tapi lantaran halimatus sa'diah tiada kerja terpaksa juga mengambil baginda akhirnya Allah melimpahi beliau dgn kemewahan dunia.Demikian itu jangan pandang serong kpd anak yatim piatu yg memerlukan bantuan .ketika remaja baginda membela kambing sbg latihan sebelum mendidik manusia.mungkin hari ini menternak kambing dipandang hina atau low standard,ketahuilah negara kita sendiri terpaksa mengimport dgg lembu dr luar tetapi ternakan babi merupakan eksport negara malaysia terbesar di asia tenggara.

Apa yg berlaku apabila ajaran islam yg diajar nabi ini ditinggalkan?Saban hari ada shj tatapan berita mengenai kes2 bayi yg dibuang tidak kira bayi laki2 atau perempuan,lebih teruk dr zaman jahiliah.kes kecurian dan rompakan bermaharajalela.timbul NGO2 yg inginkan kebebasan beragama supaya umat Islam yg murtad tidak dikena hukuman.Justeru itu.perbuatn nabi merupakan contoh terbaik dlm mencari keredhaan Allah di dunia dan akhirat.

No comments: