Friday, November 6, 2009

SIJIL ATAU TAULIAH...


Malaysia sebuah negara yang semakin menonjol dikalangan dunia Arab.Pelbagai mesyuarat dan seminar Negara2 Islam telah diadakan di sini.Semakin popular semasa zaman pemerintahan PAK LAH dengan slogan Islam Hadhari.Sheikh Al-Azhar pun datang ke malaysia untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan Islam di negara ini.

Sayangnya kita dikejutkan dengan penangkapan bekas mufti atas alasan tiadanya tauliah.Memang tauliah penting dari satu sudut supaya penceramah tidak menyeleweng dari akidah Islam yang sebenar.Tetapi yang menjadi persoalannya.Adakah mereka yang belajar di dunia Arab dalam bidang agama paling kurang 4 tahun tidak memadai lagi untuk bergelar sebagai seorang penceramah?Adakah tauliah itu menunjukkan seseorang itu sudah berilmu daripada mereka yang memang mengambil jurusan agama yang bertahun2 lamanya.apatah lagi mereka ini ada yang berkelulusan PHD.

Susahnya nak menyebarkan Islam di Malaysia ini.Sedangkan di selayang,Gombak.bertahun2 penduduk di situ membuat aduan mengenai fahaman Ahmadiah.sememangnya sesat.mereka ini mempunyai masjid,sekolah dan tanah perkuburan sendiri.Apakah tindakan tertentu yg telah diambil oleh pihak Berkuasa?Sebab itulah di besut terengganu tempat markas Ayah Pin telah dibakar oleh pihak kampung kerana kerenah yang macam inilah..Sedangkan mereka yang betul2 mempunyai lulusan agama (PHD) terpaksa mempunyai satu lagi dokumen.

Cuba fikir.Lulusan engineering.adakah mereka perlu tauliah untuk berceramah tentang bidang mereka.Polis dan doktor mereka hanya sekadar perlu mempunyai sijil kelayakan mereka sahaja tetapi bidang agama sebaliknya pula.Sedangkan huraian Al quran (semua antara kita bertanggungjawab antara satu sama lain dalam urusan agama) manakala dalam huraian hadis (Hendaklah kamu menyampaikan kebenaran walaupun satu ayat).Macamni.mesti timbul suatu hari nanti.Bila suami nak mengajar isteri tentang agama,isteri bertanya "abang ada surat tauliah ko?"Lawak kan tuuu...Adakah ini tanda2 dekat kiamat..

Janganlah menyekat mereka yang hendak berdakwah.Banyak lagi masalah sosial yang perlu ditangani bersama.Justeru itu.lengkapkanlah diri kita masing2 dengan ilmu fardu ain dan kifayah.nanti suatu hari tiada orang yang dapat baca yasin bila tibanya ajal seseorang dan solat jenazah..lu fikirlah...tu kata2 raja lawak..

No comments: