Thursday, October 7, 2010

PENJAGAAN ANAK MUAALAF


Islam adalah agama Adaalah (adil) dan rahmah (kasih sayang).Andai wujud individu atau keluarga yang memeluk Islam secara sukarela.Maka Islam menerimanya dengan penuh kasih sayang.Lantaran itu ahli keluarga mereka tidak perlu bimbang kerana dua sebab;

1-Ia akan diterima sebagai seorang saudara baru dan diberi segala haknya sebagai insan yg mulia kerana akidahnya.

2-Keselamatan dan kebahagiaanya terpelihara tanpa mereka dipisahkan dari keluarga asal (ibubapa atau anak) biarpun mereka tidak turut menganut ajaran Islam.

Kedudukan Agama Anak.

Imam Al bukhori dalam sohihnya menyatakan jika telah Islam salah seorang dari ibubapa,maka anak hendaklah bersama ibubapa yg memeluk Islam.

Imam AL khatabi menjelas (anak yg masih kecil jika berada diantara salah seorang muslim dan bukan Islam,maka yg muslim lebih berhak menjaganya)

Dalam membahaskan hak.

Ulama berbeza pandangan dalam menentukan hak penjagaan anak jika salah seorang suami isteri yg bukan penganut Islam?

1-Jumhur Ulama-
hak penjagaan anak tidak berhak diberikan kepada ibubapa yg tidak Islam sebab Allah tidak membenarkan hak penjagaan org beriman didalam penguasaan org bukan Islam sebagaimana firman Allah (Allah tidak sekali2 memberi jalan kpd org2 bukan Islam utk membinasakan org2 yg beriman)

Ia sama seperti larangan wanita muslim berkahwin dgn lelaki bukan Islam kerana wanita tersebut akan berada dibawah penguasaan orang bukan Islam.

2-mazhab Hanafi-
harus diberikan kpd ibu yg masih belum memeluk Islam sehingga anak berusia 7th dengan syarat:

a)kekufuran ibu itu bukan kerana murtad.

b)tidak dibimbangi ia akan menjejaskan agama islam anak tersebut

c)tidak dibimbangi ia akan diberi makanan haram.

jika ada kebimbangan tersebut hak penjagaan anak tersebut harus ditarik balik dari ibu yg bukan Islam.

Apa yg jelas Islam tidak melarang hak secara mutlak akan hak penjagaan ibu atau bapa non muslim terhadap anak apabila salah seorang dari mereka memeluk Islam.melainkan meletakkan syarat yg ketat demi menjaga agama Islam dan kesejahteraan insaniah manusia itu sendiri.