Tuesday, June 1, 2010

KEZALIMAN ISRAEL


Keangkuhan Zionis berulang lagi.Masih belum luput dr ingatan kita Shara dan shatila di Lubnan,Syiria dan Palestin.Darah dan nyawa orang Islam seolah2 tidak mempunyai nilai.Semalam dunia sekali lagi dirundung malang apabila konvoi bantuan kemanusian di Gaza menerima serangan daripada tentera Israel.Begitulah sebenarnya sikap kerajaan Zionis yang hakikatnya.

Namun di manakah umat islam yang lain?Nampaknya pertautan Akidah yang dibina oleh Rasulullah tidak memberi kesan,kenapakah perkara sebegini boleh berlaku?Sedangkan zaman Nabi walaupun seorang Islam dizalimi satu bala tentera akan dikerah membela nasib umat Islam.Renung2kanlah wahai umat Islam ku..

Saudi tempat umat Islam setiap tahun pergi menunaikan haji,Pakistan negara Islam yang mempunyai kepakaran teknologi nuklear,Kuwait mempunyai kekayaan minyak.Mesir antara negara Islam yang banyak membeli dan memiliki peralatan tentera yang canggih dan bersempadan Palestin.Alangkah Rahmatnya bumi palestin sekiranya Mesir mempunyai pemimpin seperti Ahmad Nejab Iran.

Semua negara2 ini mempunyai rakyat yang paling ramai menyertai Intifadah di Palestin tetapi bagaimana dengan Pemimpin mereka yang hanya pandai bersandiwara di meja mesyuarat OIC (oh I see).Sebab itulah dunia Islam hari ini penting mempunyai Pemimpin yang memahami dan menghayati nilai2 Islam yang sebenarnya.Sebagaimana kepimpinan Para Sahabat Rasulullah yang dipanggil (Khulafat Al Rasyidin).

Perbuatan terkutuk Regim Zionis yang didokongi Amerika Syarikat ini melampaui batas perikemanusian.Malah sekiranya ia dilakukan terhadap binatang sekalipun umat Islam harus bangkit menentang mereka.

Marilah kita bersama2 membantu saudara seagama kita di Gaza.Bantulah mereka mengikut kemampuan kita samada dari segi tenaga,wang ringgit ataupun meningkatkan kesedaran Pihak berwajib supaya mengambil tindakan yang sewajarnya.Memboikot barangan Israel dan Amerika juga akan meningkatkan tekanan kepada kedua2 kerajaan tersebut apatah lagi dalam situasi kegawatan ekonomi sekarang.

Akhirnya,berdoalah kepada yang Maha Esa selepas setiap kali solat agar kezaliman di Gaza dihentikan dengan segera dan memberi kekuatan kepada Mujahid2 Islam yang menentang kafir zionis disana,Amin Ya Rabull alamin.