Jika rabiulawwal bermakna bermulanya musim bunga bagi tanaman,maka rabiulakhir ertinya musim bunga yg akhir.Pada masa itu tanam tanaman di negara arab mengalami peringkat akhir berbunga sebelumnya tiba musim sejuk.
Perlu diketahui.nama2 bulan ini sudah wujud sebelum kedatangan S.A.W.dan setelah mendapati nama2 bulan itu tidak membawa sebarang makna yg buruk maka S.A.W mengekalkannya.
Peristiwa2 penting yg berlaku di dalam bulan ini:
1.Peperangan-pengusiran bani Nadir dari kota mekah semasa zaman S.A.W.
2.Pengepongan kota Damsyik-semasa Khalifah Abu Bakar dan pembukaan kota tersebut.
3.Khalifah Abu Bakar as-siddiq meninggal dunia dan khalifah Umar dilantik sebagai penggantinya.
4.Peperangan Jamal- tahun fitnah di mana Saidatina Aisyah terjebak sama di dalam kancah peperangan menentang saidina Ali.
5.Imam Ghazali meninggal dunia.
Fadhilatnya-amalan2 ibadat yg fardu atau yg sunat sama sahaja dengan bulan2 Islam yg lain.Tiada amalan2 yg kursus yg dianjurkan oleh Islam di dalam bulan ini.Walaubagaimanapun kita disarankan supaya sentiasa meningkatkan amalan dari masa ke semasa walau dalam bulan mana-mana sekali pun.
Diantara amalan2 sunat yg menjadi amalan Rasulullah saw sepanjang tahun ialah solat Tahajjud,solat qabliah,puasa isnin atau khamis,sedekah,membaca Al quran dan lain2 lagi.