Bomoh memang sinonim dalam dunia perubatan orang melayu.Menjadi kepercayaan kepada sesetengah orang untuk mengubati mereka yang terkena gangguan makhluk halus.Pada pandangan Islam tidak salah mengguna kaedah ini selagi tidak bertentangan dengan dasar akidah Islam tu sendiri.
Masaalahnya,apabila timbul soal syak wasangka.tuduh menuduh dan amalan karut yang diamalkan oleh sebahagian tok bomoh didalam pengubatan atau tilikkannya.Apatah lagi jikalau mereka mengguna kaedah bantuan jin dan ayat2 yang bukan Al quran.Melainkan mereka yang berubat dengan kaedah rawatan pengamal perubatan Islam yang didalamnya menggunakan bacaaan2 ayat2 suci Al Quran.
Timbul persoalan.Mengapa kita orang melayu terlalu cepat terpengaruh dengan sesetengah bomoh ini?Kalaulah tilikan diaorang ini tepat,mengapa kehilangan adik nur jazrin sampai sekarang tidak jumpa.kenapa pihak polis tidak mengambil perkhidmatan diaorang dalam menyelesaikan kes2 yang terlalu rumit.bertanyakan pendapat tentang ekonomi Malaysia,bila boleh berkembang pesat.Petronas tidak payah mengupah syarikat asing bagi mencari telaga2 minyak yang baru.Pihak CIA Amerika pernah mengguna kaedah tilikan ini semasa perang dingin dengan Rusia selepas perang dunia ke 2 tetapi hanya berhenti separuh jalan.Pada zaman Khulafah Al Rasyidin (Syaidina Abu bakar.Omar,Usman dan Ali)Iaitu sahabat2 nabi.tidak memerintah berdasarkan tilikan bomoh2 melainkan kerajaaan Rom dan Parsi yang menjadikan tilikan ini sebagai dasar halatuju pemerintahan mereka.Akhirnya runtuh juga kerajaan mereka dengan izin Allah.
Keluarga penulis sendiri pernah terkena tilikkan atau tomohan bomoh yang mengatakan emak penulis ada membela hantu(kliwon).Perkara ini berlaku 19th yang lepas.Ekoran itu,keluarga penulis dipulau oleh penduduk kampung.Lebih menyedihkan lagi menerima cacian daripada keluarga sendiri.Dengan kesabaran ayah penulis menunaikan solat hajat setiap hari.Akhirnya bomoh yang mengatakan si anu2 yang sakit perut,terkena buatan emak si penulis.Rupa2nya mengidap penyakit barah perut.Inilah realiti yang dihadapi oleh penulis akibat tilikan dan kepercayaan orang kampung yang membabi buta oleh bomoh tersebut tanpa bersandarkan kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Justeru itu,sesuai dengan huraian Ayat Al quran sesungguhanya Syaitan suka melaga2kan antara anak bani Adam supaya mereka ini berkelahi sesama sendiri kerana percayakan kepada tilikan....kesimpulannya kepercayaan seperti ini boleh melemahkan masyarakat,keluarga dan negara Islam.