Tuesday, January 12, 2010

THANNAH JADID (NEW YEAR 10)


Kita baru saja melangkah ke tahun baru Islam 1431H dan tahun baru 2010M.Diharapkan kita telah sama2 bermuhasabah diatas segala amalan yang telah lalu.Seterusnya berazam meningkatkan amal ke arah tuju yang lebih diredhai ALLAH SWT.Semoga kita sentiasa berada di dalam petunjuk-NYA dalam melayari kehidupan di dunia ini.Amin

Friday, November 6, 2009

SIJIL ATAU TAULIAH...


Malaysia sebuah negara yang semakin menonjol dikalangan dunia Arab.Pelbagai mesyuarat dan seminar Negara2 Islam telah diadakan di sini.Semakin popular semasa zaman pemerintahan PAK LAH dengan slogan Islam Hadhari.Sheikh Al-Azhar pun datang ke malaysia untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan Islam di negara ini.

Sayangnya kita dikejutkan dengan penangkapan bekas mufti atas alasan tiadanya tauliah.Memang tauliah penting dari satu sudut supaya penceramah tidak menyeleweng dari akidah Islam yang sebenar.Tetapi yang menjadi persoalannya.Adakah mereka yang belajar di dunia Arab dalam bidang agama paling kurang 4 tahun tidak memadai lagi untuk bergelar sebagai seorang penceramah?Adakah tauliah itu menunjukkan seseorang itu sudah berilmu daripada mereka yang memang mengambil jurusan agama yang bertahun2 lamanya.apatah lagi mereka ini ada yang berkelulusan PHD.

Susahnya nak menyebarkan Islam di Malaysia ini.Sedangkan di selayang,Gombak.bertahun2 penduduk di situ membuat aduan mengenai fahaman Ahmadiah.sememangnya sesat.mereka ini mempunyai masjid,sekolah dan tanah perkuburan sendiri.Apakah tindakan tertentu yg telah diambil oleh pihak Berkuasa?Sebab itulah di besut terengganu tempat markas Ayah Pin telah dibakar oleh pihak kampung kerana kerenah yang macam inilah..Sedangkan mereka yang betul2 mempunyai lulusan agama (PHD) terpaksa mempunyai satu lagi dokumen.

Cuba fikir.Lulusan engineering.adakah mereka perlu tauliah untuk berceramah tentang bidang mereka.Polis dan doktor mereka hanya sekadar perlu mempunyai sijil kelayakan mereka sahaja tetapi bidang agama sebaliknya pula.Sedangkan huraian Al quran (semua antara kita bertanggungjawab antara satu sama lain dalam urusan agama) manakala dalam huraian hadis (Hendaklah kamu menyampaikan kebenaran walaupun satu ayat).Macamni.mesti timbul suatu hari nanti.Bila suami nak mengajar isteri tentang agama,isteri bertanya "abang ada surat tauliah ko?"Lawak kan tuuu...Adakah ini tanda2 dekat kiamat..

Janganlah menyekat mereka yang hendak berdakwah.Banyak lagi masalah sosial yang perlu ditangani bersama.Justeru itu.lengkapkanlah diri kita masing2 dengan ilmu fardu ain dan kifayah.nanti suatu hari tiada orang yang dapat baca yasin bila tibanya ajal seseorang dan solat jenazah..lu fikirlah...tu kata2 raja lawak..

Tuesday, October 6, 2009

Bomoh Punya Pasal....


Bomoh memang sinonim dalam dunia perubatan orang melayu.Menjadi kepercayaan kepada sesetengah orang untuk mengubati mereka yang terkena gangguan makhluk halus.Pada pandangan Islam tidak salah mengguna kaedah ini selagi tidak bertentangan dengan dasar akidah Islam tu sendiri.

Masaalahnya,apabila timbul soal syak wasangka.tuduh menuduh dan amalan karut yang diamalkan oleh sebahagian tok bomoh didalam pengubatan atau tilikkannya.Apatah lagi jikalau mereka mengguna kaedah bantuan jin dan ayat2 yang bukan Al quran.Melainkan mereka yang berubat dengan kaedah rawatan pengamal perubatan Islam yang didalamnya menggunakan bacaaan2 ayat2 suci Al Quran.

Timbul persoalan.Mengapa kita orang melayu terlalu cepat terpengaruh dengan sesetengah bomoh ini?Kalaulah tilikan diaorang ini tepat,mengapa kehilangan adik nur jazrin sampai sekarang tidak jumpa.kenapa pihak polis tidak mengambil perkhidmatan diaorang dalam menyelesaikan kes2 yang terlalu rumit.bertanyakan pendapat tentang ekonomi Malaysia,bila boleh berkembang pesat.Petronas tidak payah mengupah syarikat asing bagi mencari telaga2 minyak yang baru.Pihak CIA Amerika pernah mengguna kaedah tilikan ini semasa perang dingin dengan Rusia selepas perang dunia ke 2 tetapi hanya berhenti separuh jalan.Pada zaman Khulafah Al Rasyidin (Syaidina Abu bakar.Omar,Usman dan Ali)Iaitu sahabat2 nabi.tidak memerintah berdasarkan tilikan bomoh2 melainkan kerajaaan Rom dan Parsi yang menjadikan tilikan ini sebagai dasar halatuju pemerintahan mereka.Akhirnya runtuh juga kerajaan mereka dengan izin Allah.

Keluarga penulis sendiri pernah terkena tilikkan atau tomohan bomoh yang mengatakan emak penulis ada membela hantu(kliwon).Perkara ini berlaku 19th yang lepas.Ekoran itu,keluarga penulis dipulau oleh penduduk kampung.Lebih menyedihkan lagi menerima cacian daripada keluarga sendiri.Dengan kesabaran ayah penulis menunaikan solat hajat setiap hari.Akhirnya bomoh yang mengatakan si anu2 yang sakit perut,terkena buatan emak si penulis.Rupa2nya mengidap penyakit barah perut.Inilah realiti yang dihadapi oleh penulis akibat tilikan dan kepercayaan orang kampung yang membabi buta oleh bomoh tersebut tanpa bersandarkan kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Justeru itu,sesuai dengan huraian Ayat Al quran sesungguhanya Syaitan suka melaga2kan antara anak bani Adam supaya mereka ini berkelahi sesama sendiri kerana percayakan kepada tilikan....kesimpulannya kepercayaan seperti ini boleh melemahkan masyarakat,keluarga dan negara Islam.

Friday, September 18, 2009

SELAMAT HARI RAYA


All praise to God we are going to celebrate Eid Mubarak this coming sunday.As much as we are happy to welcome syawal its also sad to say good bye to Ramadhan a month full of barakah.hopefully all the good deeds and prayers are accepted by Allah.

To all brothers and sisters in Islam all over the world "kullu sannah wa antum bikhairi" or Selamat Hari Raya Aidil fitri and maaf zahir batin.

we will be taking a week off to celebrate this joyful day with our family in kampung.Until then drive safely and do eat in moderation:))

Tuesday, September 15, 2009

HAPPY BIRTHDAY FOR MY WIFE


Tomorrow is my wife birthday.thats mean her 33 years old now and so close two years our wedding.Insya Allah,nextyear we will get a new baby.

It's the love that we both share.thats mean YOU will always be my love.

My life my happiness and everything to me..hope we will be Suami Isteri soleh n solehah and life together untill forever...wuyoo..write in mat ssalleh beb..betoi ko tidak grammer ni..

Sunday, August 30, 2009

KEMERDEKAAN MALAYSIA


Esok menjelang tiba kemerdekaan negara kita kali ke 52.dengan bertemakan "Rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan"


Kemerdekaan ini satu nikmat besar yang Allah kurniakan kepada seluruh warga.Berapa ramai umat manusia pada hari ini berjuang untuk membebaskan negaranya dari penjajah sejak berpuluh tahun lamanya.Antaranya negara Islam sendiri seperti Palestin dan Afganistan.


Sabda Nabi (cintakan tanahair itu sebahagian dari iman)


Kedatangan Islam itu sendiri membawa mesej jelas dan bersifat kemerdekaan.Islam menyeru umatnya membebaskan diri dari dibelenggu kejahilan terhadap Allah.


Islam yang syumul meletakkan kesejahteraan,keharmonian,dan kedamaian pada martabat paling tinggi.


Justeru itu.bersempena kemerdekaan yang bertepatan pada bulan ramadan.Marilah kita sebagai rakyat malaysia melaksanakan solat hajat supaya negara tercinta ini dirahmati Allah.jauh dari malapetaka yang buruk(H1N1),perpaduan bangsa berkekalan dan menjadi sebuah negara Islam yang disanjung tinggi dikaca mata dunia.Amin


Thursday, August 20, 2009

PERSELISIHAN BILANGAN RAKAAT TERAWIH


Mungkin lusa ramadan menjelma tiba.Senonimnya bulan puasa,didirikan solat terawih pada waktu malamnya.Lantaran itu Banyak pertanyaan mengenai bilangan rakaat solat terawih.

Ini kisahnya.di dalam masjid hiruk -pikuk bertengkar mengenai bilangan rakaaat terawih samaada 20/8.Hasan al-bana (Ulama muktabar) menegur.Adakah solat sunat ini lebih penting drp kewajipan bersaudara sesama kita muslim?

Imam Bukhari dlm kitabnya (rasulullah bersabda:bersolatlah kamu 2 rakaat berulang2 dan jika bimbangnya terbit waktu subuh,bersolatlah witir satu rakaat sebagai penutup)

Pada zaman Imam Malik.Ahli Madinah mengerjakan solat terawih sebanyak 36 rakaat.

Saiditina Aisyah berkata"Tidak pernah baginda melaksanakan solat malamnya pd ramadhan mahupun pada bulan lain melebihi 11 rakaat"

Bagi menyelesaikan perbalahan ini.Imam ibnu Taimiyah berkata:Boleh solat 20 rakaat dlm mazhab ahmad dan syafei.boleh juga 36 rakaat dlm mazhab malik:ataupun 11 dan 13 rakaat semuanya adalah baik.Banyaknya jumlah rakaat bergantung kpd lama atau pendek surah yg dibaca.

Ramadan bukanlah bulan berdebat siapa betul atau salah tetapi bulan keberkatan yang di dalamnya penuh dengan kebaikan..Jangan lupa yer,tunaikan solat terawih walaupun sesibuk mana sekali pun.Paling kurang pun 4 rakaat hehe