Sunday, September 5, 2010

AIDIL FITRI


Sejarah Hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhjrah ke Madinah.Baginda mendapati ada dua perayaan yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu.

Apabila Nabi bertanya kpd mereka apakah perayaan itu?lalu mereka menjawab perayaan yg disambut oleh nenek moyang mereka.

Lalu Nabi menyatakan kpd org arab Madinah,Islam mengantikan dua perayaan yg kamu raikan itu dgn dua perayaan yg lebih bermakna lagi iaitu Hari raya fitrah (aidil fitri) dan raya korban (aidil adha)

Konsep hari raya dlm Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan agama.Ini bermakna jika ia disambut diatas landasan agama,maka hari raya yang diraikan itu satu ibadat.

Aidilfitri disambut sebagai satu kemenangan bagi org yg dpt mengerjakan ibadat puasa Ramadhan dgn sempurna.

Dari sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Ubadah bin shouib menyatakan(sesiapa yg menghidupkan malam aidifitri dan aidil adha dgn amalan yg baik dan ikhlas kerana Allah.Maka tidak akan mati hatinya pd hari semua hati2 akan mati,iaitu hari kiamat)


Justeru itu.Saya sekeluarga ingin meminta kemaafan sekiranya coretan saya didalam blog selama ini ada yg mengguris hati pembaca2.sesungguhnya kesilapan itu datangnya dari hamba yg daif ini dan segala kebaikan itu datangnya dari yg Maha Esa.


Semoga menjelangnya Aidilfitri kali ini dapat membawa seribu makna kegembiraan buat diri kita semua amin Ya Rabb...

Thursday, August 26, 2010

AMALAN MALAM LAILATUL QADAR


Ramadhan kini telah separuh kita lalui,aduhai begitu pantas masa berlalu.S,A,W,bersabda malam seribu bulan akan datang pada malam sepuluh terakhir Ramadhan.


Sebagaimana hadis yg diriwayatkan oleh Bhukhari dan Muslim (Carilah malam lailatul qadar pd 10 malam terakhir )Mungkin antara amalan yg boleh umatnya beribadat pada malam tersebut dengan melakukan seperti yang berikut:


Mulalah ibadat ini pd waktu jam 12 mlm.


1.solat sunat wuduk slp mengambil wuduk

2.solat hajat dan berdoa supaya dipertemukan dgn malam lailatul qadar.

3.Membaca Al Quran

4.Beristighfar 1000x (astaghfirullah hal azim wa atubu ilaihi)

5.Zikrullah (la ila ha illah 1000x

6.Bertasbih 300x

7.selawat 100x @ 1000x

8.Solat tahajud

9.Solat sunat tabih

9.Sambungkan zikrullah dan membaca Al Quran sehingga subuh.


Cara Nabi mendapatkan malam lailatul qadar:


Kebiasaannya S.A.W beriktikaf dengan memasuki masjid pada petang 19 ramadhan selepas asar.Iktikaf bererti beribadat di dalam masjid dan berhenti dari segala urusan dunia.Sambil berniat iktikaf,baca Al Quran n solat sunat.Isteri2 baginda pula beriktikaf di rumah 2 masing iaitu di tempat mereka selalu sembahyang.

Hukum iktikaf pada malam 10 terakhir Ramadhan ialah fardu kifayah dlm mazhab hanafi dan sunat muakkad dlm mazhab Syafei.


Amalan seperti ini banyak terdapat di negara2 Arab berbanding di Malaysia yg sesetengah org tidak tau apa itu (iktikaf dalam bulan Ramadhan) sedangkan ini adalah amalan Nabi kita di dalam bulan yg mulia ini.Di manakah kesilapannya??Fikir2kan lah

Friday, August 6, 2010

RAMADHAN BERULANG MASA


Rasulullah telah bersabda menjelang puasa "Wahai manusia telah datang kpd kamu bulan Allah dengan membawa berkah dan maghfirah (keampunan)"


Di suatu ketika,tibanya ramadhan sinonim dengan kegemilangan umah.Ramadhan mencatat kemenangan Islam dalam peperangan badar,pembebasan mekah dari kafir quraisy,munculnya Islam di bumi Andalusia,kejayaan Salahuddin Al Ayubbi mengalahkan tentera Salib di bumi Palestin (masjidil al Aqsa) dan kejayaan Saifuddin Qutz menumpaskan kemaraan tentera Monghol di medan Ain jalut.


Begitulah Ramadhan dengan kejayaan kisah umat Islam terdahulu.Justeru itu dimanakah penghayatan bulan ini kepada diri kita dalam menghadapinya?Adakah Ramadhan dahulu berbeza dengan sekarang sehinggakan Ramadhan menjadi pemangkin dalam segenap segi bagi umat Islam terdahulu untuk mencapai kejayaan?


Bulan ini juga banyak melatih umat2 Islam untuk menjadi Insan yang terbaik antaranya masjid2 dipenuhi jemaah,anak2 yatim piatu dibantu,org2 miskin diraikan,perniagaan makanan meningkat,ramai yg tampil utk berderma,penghisap rokok dpt hentikan tabiat mereka sementara waktu.Itulah diantara keajaiban yg kita dpt lihat pd bulan ramadhan yg jarang berlaku pd bulan2 Islam yg lain.


Apapun bulan Ramadhan sememangnya menjadi keunikan dan fardhu keatas semua umat Islam sebagaimana firman Allah dalam surah Al Baqorah;


"wahai org2 beriman,puasa diwajibkan keatas kamu sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat sebelum mu.Agar (dengan puasa itu) kamu jadi insan yg bertaqwa"


Ada yang mengatakan jangan berpuasa tanpa agama,jangan beragama tanpa Tuhan...fikir2 kan..

Thursday, July 8, 2010

DESAS DESUS PILIHANRAYA


Kebelakangan ini Parti-parti politik sibuk dengan agenda masing2 dlm menghadapi pilihanraya akan datang.Apatah lagi keadaan semasa di malaysia yang bertambah baik dalam semua aspek,Terutamanya penerimaan baik rakyat kepada parti pemerintah dan pergolakkan yg berlaku dalam pakatan parti pembangkang ini akan mencepatkan lagi proses pilihanraya yang akan datang.


Justeru itu.wajarlah kepada semua rakyat malaysia terutamanya generasi muda tanpa mengira agama,bangsa dan di mana sahaja anda berada untuk mendaftarkan diri dan membolehkan mengundi pada masa akan datang.Hal ini penting supaya suara generasi muda dapat diterjemahkan dalam sebuah negara yang bertunjangkan sistem demokrasi.


Semoga impian untuk melihat malaysia cemerlang,maju,adil dan berteraskan nilai2 Islam dpt dilihat pada pilihanraya akan datang.


Suara generasi muda yg celik dan perihatin amat diperlukan oleh negara bagi menjamin keamanan,kemajuan dan keadilan setiap individu rakyat akan terjamin.


Islam yg progresif.realistik dan bebas dari fahaman fanatik yang keterlaluan amat diperlukan dalam mencorak negara kita di masa hadapan.


Akhir sekali.marilah semua generasi muda supaya mendaftarkan diri untuk mengundi yang akan membawa kebaikan untuk semua rakyat di bumi yg bertuah ini tanpa mengira apa parti sekali pun.Penulis rabun warna sikit hijau biru kuning cam sama aje hehe....

Tuesday, June 1, 2010

KEZALIMAN ISRAEL


Keangkuhan Zionis berulang lagi.Masih belum luput dr ingatan kita Shara dan shatila di Lubnan,Syiria dan Palestin.Darah dan nyawa orang Islam seolah2 tidak mempunyai nilai.Semalam dunia sekali lagi dirundung malang apabila konvoi bantuan kemanusian di Gaza menerima serangan daripada tentera Israel.Begitulah sebenarnya sikap kerajaan Zionis yang hakikatnya.

Namun di manakah umat islam yang lain?Nampaknya pertautan Akidah yang dibina oleh Rasulullah tidak memberi kesan,kenapakah perkara sebegini boleh berlaku?Sedangkan zaman Nabi walaupun seorang Islam dizalimi satu bala tentera akan dikerah membela nasib umat Islam.Renung2kanlah wahai umat Islam ku..

Saudi tempat umat Islam setiap tahun pergi menunaikan haji,Pakistan negara Islam yang mempunyai kepakaran teknologi nuklear,Kuwait mempunyai kekayaan minyak.Mesir antara negara Islam yang banyak membeli dan memiliki peralatan tentera yang canggih dan bersempadan Palestin.Alangkah Rahmatnya bumi palestin sekiranya Mesir mempunyai pemimpin seperti Ahmad Nejab Iran.

Semua negara2 ini mempunyai rakyat yang paling ramai menyertai Intifadah di Palestin tetapi bagaimana dengan Pemimpin mereka yang hanya pandai bersandiwara di meja mesyuarat OIC (oh I see).Sebab itulah dunia Islam hari ini penting mempunyai Pemimpin yang memahami dan menghayati nilai2 Islam yang sebenarnya.Sebagaimana kepimpinan Para Sahabat Rasulullah yang dipanggil (Khulafat Al Rasyidin).

Perbuatan terkutuk Regim Zionis yang didokongi Amerika Syarikat ini melampaui batas perikemanusian.Malah sekiranya ia dilakukan terhadap binatang sekalipun umat Islam harus bangkit menentang mereka.

Marilah kita bersama2 membantu saudara seagama kita di Gaza.Bantulah mereka mengikut kemampuan kita samada dari segi tenaga,wang ringgit ataupun meningkatkan kesedaran Pihak berwajib supaya mengambil tindakan yang sewajarnya.Memboikot barangan Israel dan Amerika juga akan meningkatkan tekanan kepada kedua2 kerajaan tersebut apatah lagi dalam situasi kegawatan ekonomi sekarang.

Akhirnya,berdoalah kepada yang Maha Esa selepas setiap kali solat agar kezaliman di Gaza dihentikan dengan segera dan memberi kekuatan kepada Mujahid2 Islam yang menentang kafir zionis disana,Amin Ya Rabull alamin.

Monday, May 17, 2010

BELIA PEMACU PEMBANGUNAN NEGARA


Belia adalah aset berharga kerana merekalah tonggak kekuatan generasi serta pewaris kepimpinan masa depan negara.

Wajarlah golongan ini diasuh.dididik dan dibimbing menjadi generasi belia ULUL ALBAB (bertaqwa,berilmu,kreatif dan berupaya menyelamatkan diri dpd pengaruh yg negatif)

Kehebatan generasi belia spt ini menjamin kemajuan negara pd masa depan,selarilah tema sambutan Hari Belia negara tahun ini 'belia kreatif pemacu pembangunan negara'.

S.A.W.sentiasa memberi penekanan khusus membimbing belia supaya taat beribadah,berakhlak mulia,menjaga kesihatan akal dan jasmani yg membawa kpd kesempurnaan peribadi.

Sabda S.A.W (Sesungguhnya Allah sgt kagum kpd pemuda yg tidak ada padanya kelakuan pelik dan menyeleweng)

Sbgaimana cerita,Sultan Muhammad Al Fateh dlm usia 21th Baginda berjaya menawan Kota Constantinople dpd Rom.Antara penyebab kejayaan itu tertanam kekuatan,pintar dan kreatif.

Kata2 Baginda ketika melancarkan percubaan akhir pd hr ke 53 kepungan utk menawan Constantinople

"Wahai tenteraku,aku bersedia mati di jalan Allah,sesiapa yg mahu syahid,ikutilah aku"

Menurut riwayat Baginda tidak pernah meninggalkan solat sunat rawatib dan tahajud.

Corak tingkah laku golongan belia masa kini adalah cerminan masa depan sesebuah negara.

Oleh itu,demi membentuk akhlak mulia golongan belia,tugas dakwah membimbing mereka perlu dilaksanakan dgn hikmah.

Semoga generasi belia negara sentiasa diberikan hidayah oleh Allah seterusnya berjaya memacu pembangunan negara bangsa yg maju dan dikasihi Allah.

Wednesday, May 5, 2010

PETUA MENDAPATKAN ANAK


Mengenai pasangan yg tidak dikurniakan anak setelah lama mendirikan rumah tangga.Abu Hanifah meriwayatkan dari Jabir b.Abdullah ra.bahawa seorang lelaki telah datang bertemu


S.A.W dan bertanya.


"Ya Rasulullah,sudah lama saya bernikah tapi belum dianugerahi seorang anak pun."

Nabi S.A.W pun bersabda.


Dimana engkau dengan byk beristighfar dan bersedekah.kerana dua hal ini boleh menganugerahi buah hati (anak).


Manusia hanya berusaha tetapi yang menentukan semuanya adalah Allah.Sesungguhnya salah satu kewajipan akidah muslim ialah sentiasa berusaha dan bertawakkal kepada NYA.


Mungkin antara kita berfikir:


"alahai.betoi ko petua ini dan apa buktinya.camne hubungkait antara istighfar dgn nak hamil".


Ingatlah setiap ajaran SAW bukannya sia2.Pasti ada hikmah di sebaliknya dan PASTI ADA KEJAYAANNYA.


Yang pentingnya.mesti mempunyai niat yang betul dan yakin dengan sepenuh hati kepada Allah.kemudian berterusan istighfar dan selalu bersedekah dengan ikhlas.


Insya Allah.sampai masanya.Allah pasti akan tunaikan hajat murni anda untuk mendapatkan cahaya mata.amin