Wednesday, May 5, 2010

PETUA MENDAPATKAN ANAK


Mengenai pasangan yg tidak dikurniakan anak setelah lama mendirikan rumah tangga.Abu Hanifah meriwayatkan dari Jabir b.Abdullah ra.bahawa seorang lelaki telah datang bertemu


S.A.W dan bertanya.


"Ya Rasulullah,sudah lama saya bernikah tapi belum dianugerahi seorang anak pun."

Nabi S.A.W pun bersabda.


Dimana engkau dengan byk beristighfar dan bersedekah.kerana dua hal ini boleh menganugerahi buah hati (anak).


Manusia hanya berusaha tetapi yang menentukan semuanya adalah Allah.Sesungguhnya salah satu kewajipan akidah muslim ialah sentiasa berusaha dan bertawakkal kepada NYA.


Mungkin antara kita berfikir:


"alahai.betoi ko petua ini dan apa buktinya.camne hubungkait antara istighfar dgn nak hamil".


Ingatlah setiap ajaran SAW bukannya sia2.Pasti ada hikmah di sebaliknya dan PASTI ADA KEJAYAANNYA.


Yang pentingnya.mesti mempunyai niat yang betul dan yakin dengan sepenuh hati kepada Allah.kemudian berterusan istighfar dan selalu bersedekah dengan ikhlas.


Insya Allah.sampai masanya.Allah pasti akan tunaikan hajat murni anda untuk mendapatkan cahaya mata.amin

Wednesday, April 7, 2010

INFO RABIULAKHIR


Jika rabiulawwal bermakna bermulanya musim bunga bagi tanaman,maka rabiulakhir ertinya musim bunga yg akhir.Pada masa itu tanam tanaman di negara arab mengalami peringkat akhir berbunga sebelumnya tiba musim sejuk.

Perlu diketahui.nama2 bulan ini sudah wujud sebelum kedatangan S.A.W.dan setelah mendapati nama2 bulan itu tidak membawa sebarang makna yg buruk maka S.A.W mengekalkannya.


Peristiwa2 penting yg berlaku di dalam bulan ini:


1.Peperangan-pengusiran bani Nadir dari kota mekah semasa zaman S.A.W.

2.Pengepongan kota Damsyik-semasa Khalifah Abu Bakar dan pembukaan kota tersebut.

3.Khalifah Abu Bakar as-siddiq meninggal dunia dan khalifah Umar dilantik sebagai penggantinya.

4.Peperangan Jamal- tahun fitnah di mana Saidatina Aisyah terjebak sama di dalam kancah peperangan menentang saidina Ali.

5.Imam Ghazali meninggal dunia.


Fadhilatnya-amalan2 ibadat yg fardu atau yg sunat sama sahaja dengan bulan2 Islam yg lain.Tiada amalan2 yg kursus yg dianjurkan oleh Islam di dalam bulan ini.Walaubagaimanapun kita disarankan supaya sentiasa meningkatkan amalan dari masa ke semasa walau dalam bulan mana-mana sekali pun.


Diantara amalan2 sunat yg menjadi amalan Rasulullah saw sepanjang tahun ialah solat Tahajjud,solat qabliah,puasa isnin atau khamis,sedekah,membaca Al quran dan lain2 lagi.

Friday, March 12, 2010

MAJLIS KESYUKURAN BAYI


Islam menetapkan beberapa amalan yg patut dilakukan ketika mendapat bayi.Mudahan2 mereka ini akan menjadi anak2 yg soleh.Lebih2 lagi kita berada di zaman yg serba mencabar.


Beberapa hukum hakam agama berkaitan dgn anak2 yg baru dilahirkan:


1) Ucapan tahniah-Firman Allah {hai zakaria sesungguhnya kami menyampaikan berita gembira kpdmu akan beroleh seorg anak yg namanya Yahya}Surah maryam 7.


2) Ta'zim dan iqamah-SAW telah mengazamkan telinga kanannya Al Hasan b.Ali pd hari lahirnya dan mengiqamahkan pd telinga kirinya.


3) Tahnik-Menggosok kunyahan kurma dgn telunjuk kanan pd gusi dan langit2 bayi.


4) Tahlik-Mencukur habis rambut bayi sehingga botak samada lelaki atau perempuan.Hadis Anas b.Malik {Sesungguhnya SAW menyuruh agar mencukur kepala Hasan dan Husin pd hari ke 7 kelahiran mereka,lalu mereka pun cukur dan selanjutnya disedekahkan perak seberat rambut itu}.


segala panduan2 yg datang drp SAW pasti baik.Termasuklah bagaimana cara kita membentuk anak sejak kecil lagi agar mereka menjadi anak2 yg SOLEH.

Wednesday, February 24, 2010

SANJUNGILAH RASULULLAH


Setiap tahun umat Islam menyambut Maulidur Rasul sbg kesyukuran diutuskan seorg Rasul akhir zaman yg dpt memecah benteng assobiyah yg berdasarkan bangsa,budaya,bahasa dan agama.Nama baginda terus disebut dan ajaranNya berkekalan hingga hari ini.NAbi dijadikan contoh dlm amalan seharian.

Semenjak kecil lagi baginda sudah ketiadaan bapa dan emaknya,ini utk menguji ketahanan mental nabi.Semasa kematian bapanya tiada siapa yg sanggup menyusui baginda disebabkan kemiskinan tapi lantaran halimatus sa'diah tiada kerja terpaksa juga mengambil baginda akhirnya Allah melimpahi beliau dgn kemewahan dunia.Demikian itu jangan pandang serong kpd anak yatim piatu yg memerlukan bantuan .ketika remaja baginda membela kambing sbg latihan sebelum mendidik manusia.mungkin hari ini menternak kambing dipandang hina atau low standard,ketahuilah negara kita sendiri terpaksa mengimport dgg lembu dr luar tetapi ternakan babi merupakan eksport negara malaysia terbesar di asia tenggara.

Apa yg berlaku apabila ajaran islam yg diajar nabi ini ditinggalkan?Saban hari ada shj tatapan berita mengenai kes2 bayi yg dibuang tidak kira bayi laki2 atau perempuan,lebih teruk dr zaman jahiliah.kes kecurian dan rompakan bermaharajalela.timbul NGO2 yg inginkan kebebasan beragama supaya umat Islam yg murtad tidak dikena hukuman.Justeru itu.perbuatn nabi merupakan contoh terbaik dlm mencari keredhaan Allah di dunia dan akhirat.

Tuesday, February 2, 2010

HADIAH BUAT SI ARWAH


Setiap makhluk tidak boleh melarikan diri drp mati termasuklah jin.syaitan dan malaikat.sebab itulah mereka yg masih hidup mesti menunaikan amalan2 utk menghadapi kematian yg tidak dpt diketahui oleh manusia.Walaubagaimanapun bagi yg hidup masih mampu menyumbangkan beberapa amalan bagi meringankan buat si mati.Ini mendapat pelbagai reaksi drp Ulama2 besar tetapi disini penulis menyertakan dalil2 bg Ulama Muktabar (besar) menyatakan sampainya sumbangan si hidup bagi si mati.Antara amalan berikut:

1.Sedekah

2.Doa dan istighfar

3.Apa2 jenis ibadat yg boleh diwakilkan (haji)

Hujah2 yang diberikan:

1.Si mati memperolehi manfaat dr amalan org hidup-Firman Allah (Dan pintalah ampun bagi dosa kamu dan dosa org mukmin)"muhammad 19

2.Pahala sedekah sampai kpd si mati-seorg lelaki bertemu S.A.W lalu bertanya"ibu telah meninggal dan ada meninggalkan harta tetapi ia tidak membuat sebarang wasiat terhadap hartanya.Adakah jika aku menyedekahkan hartanya maka dosanya boleh terhapus?Nabi menjawab ya.

3.Sampainya pahala berpuasa kpd si mati-S.A.W telah bersabda"barangsiapa yg mati dan masih ada yg belum dikerjakanya.maka hendaklah iadipuasakan (dibayar) oleh warisnya.

Tuesday, January 12, 2010

THANNAH JADID (NEW YEAR 10)


Kita baru saja melangkah ke tahun baru Islam 1431H dan tahun baru 2010M.Diharapkan kita telah sama2 bermuhasabah diatas segala amalan yang telah lalu.Seterusnya berazam meningkatkan amal ke arah tuju yang lebih diredhai ALLAH SWT.Semoga kita sentiasa berada di dalam petunjuk-NYA dalam melayari kehidupan di dunia ini.Amin

Friday, November 6, 2009

SIJIL ATAU TAULIAH...


Malaysia sebuah negara yang semakin menonjol dikalangan dunia Arab.Pelbagai mesyuarat dan seminar Negara2 Islam telah diadakan di sini.Semakin popular semasa zaman pemerintahan PAK LAH dengan slogan Islam Hadhari.Sheikh Al-Azhar pun datang ke malaysia untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan Islam di negara ini.

Sayangnya kita dikejutkan dengan penangkapan bekas mufti atas alasan tiadanya tauliah.Memang tauliah penting dari satu sudut supaya penceramah tidak menyeleweng dari akidah Islam yang sebenar.Tetapi yang menjadi persoalannya.Adakah mereka yang belajar di dunia Arab dalam bidang agama paling kurang 4 tahun tidak memadai lagi untuk bergelar sebagai seorang penceramah?Adakah tauliah itu menunjukkan seseorang itu sudah berilmu daripada mereka yang memang mengambil jurusan agama yang bertahun2 lamanya.apatah lagi mereka ini ada yang berkelulusan PHD.

Susahnya nak menyebarkan Islam di Malaysia ini.Sedangkan di selayang,Gombak.bertahun2 penduduk di situ membuat aduan mengenai fahaman Ahmadiah.sememangnya sesat.mereka ini mempunyai masjid,sekolah dan tanah perkuburan sendiri.Apakah tindakan tertentu yg telah diambil oleh pihak Berkuasa?Sebab itulah di besut terengganu tempat markas Ayah Pin telah dibakar oleh pihak kampung kerana kerenah yang macam inilah..Sedangkan mereka yang betul2 mempunyai lulusan agama (PHD) terpaksa mempunyai satu lagi dokumen.

Cuba fikir.Lulusan engineering.adakah mereka perlu tauliah untuk berceramah tentang bidang mereka.Polis dan doktor mereka hanya sekadar perlu mempunyai sijil kelayakan mereka sahaja tetapi bidang agama sebaliknya pula.Sedangkan huraian Al quran (semua antara kita bertanggungjawab antara satu sama lain dalam urusan agama) manakala dalam huraian hadis (Hendaklah kamu menyampaikan kebenaran walaupun satu ayat).Macamni.mesti timbul suatu hari nanti.Bila suami nak mengajar isteri tentang agama,isteri bertanya "abang ada surat tauliah ko?"Lawak kan tuuu...Adakah ini tanda2 dekat kiamat..

Janganlah menyekat mereka yang hendak berdakwah.Banyak lagi masalah sosial yang perlu ditangani bersama.Justeru itu.lengkapkanlah diri kita masing2 dengan ilmu fardu ain dan kifayah.nanti suatu hari tiada orang yang dapat baca yasin bila tibanya ajal seseorang dan solat jenazah..lu fikirlah...tu kata2 raja lawak..