Wednesday, June 10, 2009

Awas Pelaburan Yang Meragukan....


Zaman teknologi serba canggih kini terdapat banyak kemudahan dan sebaliknya.Antaranya penggunaan internet untuk mencari maklumat,perniagaan,pelaburan dan sebagainya.Dua tahun lepas kita disajikan dengan skim cepat kaya tetapi dalam bentuk terkini iaitu pelaburan melalui agensi2 yang berselindung disebalik syarikat2 besar kononnya.Keuntungannya tiga kali ganda dalam masa yang cepat.Akhirnya ramai yang terpengaruh termasuklah diri penulis ini.Apabila heboh didalam media massa,barulah kita tahu keadaan yang sebenarnya.Lebih malang lagi baru2 ini didalam kosmo menyatakan ramai bangsa melayu yang pinjam duit Along semata2 untuk pelaburan seperti ini.untung entah ke mana,nyawa menjadi pertaruhan." ringkasannya pelaburan seperti ini diharamkan kerana sebab2 berikut :-
1) Jahalah (ketidaktahuan) : Iaitu tiada diketahui dengan jelas identity pengurus dana atau syarikat, disamping tiada mempunyai lesen untuk membuktikan kewujudan mereka dan kepertanggungjawaban mereka terhadap dana yan terkumpul kelak. Mereka juga tidak dapat dihubungi, ditemui atau dilawati.
Berjual beli dan melabur tanpa mengetahui individu yang mengurus menyebabkan salah satu syarat sah aqad tidak dipenuhi. Ini menyebabkan aqad menjadi batal.
2) Gharar ( Ketidaktentuan ) : Iaitu tiada diketahui tempoh kewujudan web site pelaburan itu, juga tidak mengetahui samada benar-benar si ‘pelabur' boleh dapat wang yang dijanjikan ataupun tidak pada tempoh yang disebutkan iaitu 100 hari. Ini kerana jika wang yang dijanjikan tidak muncul tiba, tiada sesiapa yang boleh dihubungi. Ini menjadikannya gharar. Kesannya, sekali lagi ia membatalkan aqad.
3) Riba :Pertambahan duit yang melebihi 2 kali ganda keuntungannya.
4) Tipu : Iaitu penipuan yang dibuat kerana mendakwa menggunakan wang yang terkumpul itu untuk pelaburan oil and gas, properties, currencies, commodity dan lain-lain. Ini kerana menurut pakar-pakar pelaburan sebenar, tiada satu syarikat pun yang jika benar-benar ia melabur dalam industri tersebut, mampu menjamin pulangan sebanyak 240 % sebagaimana yang ditawarkan oleh si syarikat tipu pelaburan ini. Malah bank konvensional terbesar dunia yang juga mengamalkan Riba dan menggunakan kepakaran seluruh pekerja mahirnya dicampur pula dengan assetnya yang mencecah Trillion RM, masih gagl memberikan janji pulangan sebanyak 240 % dalam produk Riba mereka seperti 'Fixed Deposit'.

Justeru itu,sebelum menceburi didalam sesuatu pelaburan pastikan halal dan haram sebab iainya menjadi darah daging kita juga dan akan dipersoalkan di hari akhirat nanti.Sesuailah pepatah melayu berakit2 ke hulu.berenang2 di ketepian.bersakit2 dahulu.bersenang2 kemudian.

Monday, June 1, 2009

Silat, Kung Fu & Kekuatan Sebenar


Satu isu yang hangat dipaparkan setiap hari didalam akhbar2 tempatan mengenai kejadian meragut.Justeru itu.mempelajari ilmu mempertahankan diri seperti silat,taekwando.kungfu dan lain2 menjadi kemestian dewasa ini.

Bukan apa pun.sekadar ingin mempertahankan diri,walaubagaimanapun.mengelak dan membiarkan tanpa berlawan dengan mereka adalah terbaik,memandangkan nyawa adalah harga yang tidak ternilai.Lagipun kalau kita bersabar dan berdoa kepada Allah pasti mendatangkan kebaikan kepada diri kita lagi.

Sebagaimana hadis nabi."Nabi bertanya sahabat : Apakah kamu fikir berkenaan hal kekuatan dalam gusti (berlawan)? Sahabat menjawab : Lelaki yang tidak mampu ditandingi gustinya Nabi menjawab : tidak sedemikian tetapi kekuatan yang sebenarnya adalah seseorang yang mampu mengawal dirinya ketika marah' ( Riwayat Muslim, no 4722 )

Jelas dari hadis ini nabi s.a.w sedang menguji kefahaman sahabat, apabila kebiasaannya seseorang akan memuji orang yang handal bergusti serta dianggap kuat dan gagah.dan hebat dalam pergaduhan.

Namun pada pandangan Islam, gagah itu berbeza sudutnya dari fizikal luaran. Penguasan dalaman lebih utama dari penguasaan luaran. Hati lebih penting dari fizikal. Benar itulah dia.

Memang dari satu sudut kita dibenarkan untuk mempertahankan diri, tetapi bila mengenangkan susulan mudarat yang mungkin mendatang, adakalanya lebih wajar untuk senyap kecuali jika pukulan boleh meragut nyawa dan melumpuhkan anggota diri jika tidak melawan. seperti kata chuck norish juara karate.lebih baik biarkan barang dirampas oleh penjahat drp melawannya.Lepas ni nak cuba berlatih semula silat habib amid dan lian buku belebab sudah hampir tujuh tahun tak mempraktiknya hehe macamana nak side kick ni.
Sekian"

Monday, May 25, 2009

Sabar menghadapi cabaran dan dugaan


Bak kata pepatah.hidup bagaikan menempuh onak dan duri disepanjang perjalanan yang mesti diharungi jua.Terutama dalam masalah rumahtangga.mencari rezeki contohnya membuat projek tanaman cendawan.perniagaan kedai makan.perniagaan direct selling dan lain2 lagi.Lantaran itu renunglah hadis ini:
Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abbas r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Hai anak, sukakah saya ajarkan kepadamu beberapa kalimat semoga Allah s.w.t. memberi manfaat bagimu?" Jawab Ibn Abbas r.a.: "Baiklah, ya Rasulullah." Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: " Jagalah perintah Allah s.w.t. nescaya Allah s.w.t. menjaga kepadamu, dan jagalah larangan Allah s.w.t. kerana Allah s.w.t. selalu dihadapanmu, mendekatlah kepada Allah s.w.t. diwaktu ringan senang, nescaya Allah s.w.t. menolongmu diwaktu kesukaran. Jika engkau minta maka mintalah kepada Allah s.w.t. dan jika minta tolong, minta tolonglah kepada Allah s.w.t. Telah kering apa yang tertulis oleh kalam dalam Lauh Mahfudh tentang apa yang akan terjadi hingga hari kiamat. Maka kalau umpama makhluk semuanya akan berbuat sesuatu yang berguna bagimu yang tidak ditakdirkan Allah s.w.t. bagimu, mereka tidak dapat berbuat itu. Demikian pula jika mereka berusaha akan mengganggu engkau dengan sesuatu yang tidak ditakdirkan Allah s.w.t. atasmu, tidak dapat mereka berbuat itu. Beramallah kepada Allah s.w.t. dengan syukuran yakin dan ketahuilah bahawa sabar menghadapi sesuatu yang tidak menyenangkan itu sangat baik. Dan kemenangan itu berserta kesabaran dan kelapangan itu disamping kesukaran dan bahawasanya tiap-tiap kesukaran pasti akan ada kelapangan dan keringanan."
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Al-A'masy dan Khatthab dan Anbasah dan kira-kira lima puluh guru yang meriwayatkan keterangan ini dari Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: "Ingatlah daripadaku lima, ingatlah dua dan dua dan satu iaitu:
1.Ingatlah jangan ada seorang takut kecuali kepada dosanya
2.Jangan mengharap kecuali kepada Tuhannya
3.Jangan malu jika tidak mengetahui untuk belajar
4.Jangan malu jika ditanya sesuatu yang tidak diketahui untuk menyatakan: "Tidak mengetahui."
Ketahuilah bahawa sabar itu dalam segala hal bagaikan kepala dibadan
Maka bila kepala terlepas dari badan, rosaklah badan, demikian pula bila kesabaran itu terlepas dari suatu hal, maka rosaklah hal keadaan itu." Kemudian ia berkata: "Sukakah saya tunjukkan kepadamu orang fasiq (yang mengerti benar-benar agama)?" Jawab mereka: "Baiklah, ya amirul mukminin." Imam Ali r.a. berkata: "Orang yang tidak memutuskan harapan orang dari rahmat Allah s.w.t. dan tidak mengamankan orang dari balasan (hukuman) Allah s.w.t. dan yang tidak mempropagandakan maksiat kepada orang-orang dan tidak berani menyatakan orang maksiat itu dalam neraka sehingga Tuhan sendiri yang memutuskan. Dan orang yang terbaik amalnya janganlah merasa aman dari pembalasan Allah s.w.t. sebab Allah s.w.t. telah berfirman (Yang berbunyi): "Fala ya'manu makrallahi illal qaumul khaasiruun." (Yang bermaksud): "Tidak akan merasa aman dari hukuman Allah kecuali orang yang rugi." Juga orang yang sejahat-jahat manusia jangan putus harapan dari rahmat Allah s.w.t. sebab Allah s.w.t. berfirman (Yang berbunyi): "Innahu laa yai'asu min rauhillahi illal qaumul kaafiruun." (Yang bermaksud): "Sesungguhnya tidak patah harapan dari rahmat Allah kecuali kaum yang kafir."
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Yazid Arraqqasyi berkata: "Jika seorang masuk dalam kubur, maka sembahyangnya berdiri disebelah kanan dan zakat disebelah kirinya, dan taat manaunginya dan sabar membela kepadanya, bahkan ia berkata kepada lain-lainnya: "Silakan kamu bela dia jika kamu dapat membelanya, kalau tidak saya yang dibelakangnya (yakni saya sanggup menyelesaikan dan menolak siksa daripadanya)."
Dari keterangan ini nyata bahawa sabar itu seutama-utama amal, bahkan Allah s.w.t. berfirman (Yang berbunyi): "Innama yuwaffas shabirun ajrahum bighairi hisaab." (Yang bermaksud): "Sesungguhnya orang-orang yang sabar akan diberikan pahala mereka tanpa hitungan."
justeru itu.dalam mengharungi kehidupan pasti pelbagai halangan yg dihadapi tetapi bagaimana cara kita menyelesaikannya dan banyak2 bersabar serta sering berdoa dan meminta keampunan dr yg Maha Esa

Saturday, April 11, 2009

BERJIMAT CERMAT..


setiap hari manusia berbelanja untuk mendapat keperluan asasnya.Bolehkah seseorang itu berbelanja sesuka hatinya?Islam menggalakkan umatnya berbelanja sekadar keperluannya sahaja.Berjimat ialah berbelanja kepada perkara2 yg benar2 diperlukan sahaja.firman Allah dlm surah Al Furqan[apabila org2 yg membelanjakan harta mereka tidak berlebih2 dan tidak pula bakhil dan adalah perbelanjaan itu di tengah2 antara demikian].sebagaimana pepatah melayu [ingat sebelum kena,jimat sebelum habis]Amalan ini sesuai diamalkan memandang ketika ini dunia dilanda krisis ekonomi yg teruk,begitu juga di negara kita.


Antara2 kelebihan berjimat cermat:


1.memupuk kehidupan yg sederhana.


2.terhindar kefakiran dan kemiskinan.


3.berpeluang membelanjakan harta ke jalan Allah.


Marilah kita beramal dgn cara hidup berjimat cermat.Melalui kegiatan amalan ini akan mendidik kita ke arah masyarakat penyayang dan bertanggungjawab.Amalan ini akan menjamin keewangan keluarga menjadi kukuh.fikirlah...jangan terlalu mengikut hati ketika berbelanja tetapi tengoklah kpd kemampuan diri...

Tuesday, March 10, 2009

Maulidur Rasul


Sempena menyambut hari kelahiran Rasulallah,Selain mengimbas kembali kehidupan baginda bukan sahaja dari sudut keperibadian,elok jugalah kalau kita mengenali lebih dekat kota2 yg pernah baginda jejaki.Kota pertama adalah tempat kelahiran Baginda iaitu Mekah.pada hari isnin 12 rabiulawal bersamaan 20 April 570 masihi.Saat kelahiran baginda,penduduk mekah melihat sinaran cahaya yg menghairankan dan api2 sembahan Majusi turut padam.Ketika 12th Nabi mengikuti Abu Talib ke Syam (Syria).Disana seorg pendita Nasrani perasan Baginda mempunyai sifat kenabian apabila awan sentiasa menaungi Nabi ketika didlm perjalanan itu.Kemudian Baginda ke sana sekali lagi kerana membantu perdagangan siti Khadijah yg kemudiannya menjadi isteri Nabi sb terpikat dgn akhlak Nabi yg mulia.Ketika berusia 40th,Baginda dilantik menjadi Rasul.Bermulalah penyebaran dakwah,antaranya Taif.Disana Nabi menerima ejekan,dibaling dgn batu sehingga berdarah menybbkan malaikat ingin mengangkat dua bukit utk dihempap ke atas kota itu tetapi Nabi menolak dan mendoakan semoga zuriat penduduk Taif menerima Islam.Begitulah terpujinya akhlak Nabi.Selain itu,Nabi ke Baitulmuqaddis di Palestin semasa berlakunya Isra' Mikraj.Akhirnya perjalanan terakhir Nabi di dalam peristiwa hijrah Nabi bersama umat Islam mekah ke Madinah,dulunya (Yathrib) pada 622masihi.Itulah bermulanya kalendar Islam.Selepas itu Nabi merangka satu perlembagaan utk menyatupadukan penduduk Madinah.dikenali piagam Madinah.Di sanalah terletaknya masjid pertama Islam iaitu Quba'.Di kota itulah juga terletaknya masjid An Nabawi yg didalamnya terdapat maqam Nabi Muhammad s.a.w,kawasan yg dibina di atas tapak rumah Baginda.Nabi Muhammad wafat pada 632 masihi....

Wednesday, March 4, 2009

Bersiar2 di Pulau Pangkor.


Bagi menyahut seruan kerajaan Malaysia,marilah mengenali negara kita.Minggu lepas saya dan isteri bersiar2 ke Pulau Pangkor.Seronok juga sebab dapat menaiki feri Express dan meninjau disekeliling Pulau Pangkor dengan menyewa kereta iswara.Seterusnya dapat merapatkan lagi kasih sayang kami berdua.Hanya dua jam sahaja kami dah mengenali persekitaran pangkor secara umumnya.Bak kata pepatah jauh perjalanan luas pengalaman.apa yang seronok di situ selain keadaan yg tenang.sikap orangnya yang bersopan santun ketika membawa kenderaan,tak lah macam KL..semuanya nak rush.Malah bila saya bertanyakan seorang cina,dimana tokong Li Foo Kong,sedangkan saya seorang beragama Islam.Mereka sanggup menjadi guide sementara.Itulah keunikkan budaya dan masyarakat di Malaysia.Sebagai umat Islam kita juga digalakkan (bermusafir)adventure dengan tujuan untuk melihat kebesaran ciptaan Allah dan keindahannya tetapi mengikut kemampuanlah.Di dalam Islam bermusafir ke tanah suci Mekah buat kali pertama bagi mereka yang berkemampuan adalah wajib hukumnya.Manakala ke tempat2 lain adalah sunat sekiranya bertujuan kebaikan.Ketika bermusafir,umat Islam diberi kemudahan didalam menunaikan ibadat solat kepada Allah iaitu solat jamak qasar...Doakanlah kepada kami supaya dimurahkan rezeki dan dapat jalan2 cari makan lagi......

Wednesday, February 11, 2009

CONTOHI KEPIMPINAN NABI & PARA SAHABAT


Sebagai umat Islam menjadi tanggungjawab untuk mentadbir dan mengimarahkan bumi ini dengan syariat Islam.Justeru itu.Pemimpin yg dilantik mesti dipatuhi selagi tidak menyalahi peraturan Islam.Sebagaimana huraian firman Allah (Patuhilah Allah.Rasul dan Pemimpinnya semoga kamu beroleh kejayaan tetapi bersyarat.Pemimpin itu mestilah menjalankan urusan berkaitan agama Islam.Jika sebaliknya adalah menjadi kewajipan kpd rakyat untuk memperbaikinya sebagaimana huraian hadis (berkatalah perkara yg benar dlm menegakkan Islam walaupun menghadapi rintangan pahit).Manakala pemimpin pula mesti menjalankan tanggungjawab yg telah diamanahkan kepadanya berlandaskan Al Quran dan hadis.seperti huraian firman Allah(Tunaikanlah segala amanah yg telah dipertanggungjawabkan ke ats bahu kamu yg diberi kepercayaan oleh mereka yg melantik kamu ).Demikian itu.Pemimpin yg dilantik mestilah mempunyai ciri2 keperibadian Rasullah iaitu benar,bijaksana,amanah dan menyampaikan segala syariat Islam.Sepertimana Nabi mula2 dilantik menjadi pemimpin di Madinah.Perkara pertama yg dilakukan baginda adalah mendirikan masjid bukannya menyuruh timbalannya mencari tpt kediaman.Saidina Abu Bakar menyerahkan sebahagian hartanya kpd negara Islam didalam menjalankan aktiviti berkaitan agama.Saidina Umar dlm ucapan pertama beliau semasa menjadi khalifah supaya umatnya menegur dan mengingkarinya sekiranya beliau tidak menjalankan seruan Islam.Pernah suatu ketika beliau menyamar pada waktu malam utk melihat kedaifan rakyatnya sendiri.Saidina Usman mendermakan semua hartanya ketika tentera Islam bersiap sedia menghadapi tentera Rom dlm peperangan Tabuk.Sollahuddin Al Ayubi.pemimpin Islam yg berjaya didalam peperangan menentang tentera Salib di Palestin,ketika beliau meninggal dunia,hanya mempunyai beberapa dinar sahaja.Manakala urusan perbelanjaan pengebumiannya dilakukan oleh rakan karib beliau.Kesimpulannya pemimpin seperti inilah yg telah menaikkan martabat dunia Islam dimata dunia ketika itu.Renunglah.Kalau kita naik bas.mesti berkehendakkan pemandu yg mengetahui undang2 jalan raya dan mempratiknya.begitulah juga dalam soal memilih pemimpin mestilah mereka yg mengetahui syariat Islam dan beramal dengannya..